Bercerita tentang siri live action, Netflix baru sahaja keluarkan siri Resident Evil yang terbaru. Walaupun sudah banyak live action Resident Evil dikeluarkan, satu pun tidak memuaskan hati penonton dan juga peminat francais tersebut. Tahun lepas filem Resident Evil: Welcome to the Raccoon City juga tidak berjaya dalam membawa penceritaan daripada game tersebut. Nampaknya siri daripada Netflix juga menerima kritikan yang sama malah ia antara siri Netflix yang mendapat rating rendah daripada pelanggannya.
Buat masa ini, siri Resident Evil Netflix tersebut mendapat rating sebanyak 51% di Rotten Tomatoes, 3.6/10 di IMDb dan 1.8/10 in Metacritic. Semua komen yang ditinggalkan di laman web tersebut semuanya tidak berpuas hati dengan penulisan cerita itu malah peminat francais juga kecewa kerana ianya seperti tidak ada kena mengena dengan francais yang diminati mereka.
Rotten Tomatoes Metacritic
Siri Netflix ini menceritakan tentang Jade Wesker, Albert Wesker, Umbrella Corporation dan kisah bagaimana New Raccoon City menjadi punca kepada masalah virus berbahaya. Ia juga menampilkan watak gadis remaja, yang nampaknya antara perkara yang dibenci oleh peminat Resident Evil. Dengan segala drama yang berlaku antara watak remaja ini, memang tidak pelik kenapa ramai yang memberikan skor 0 di Metacritic.
Ada juga satu komen yang membandingkannya dengan filem Dragonball Evolution kerana ianya sangat berbeza daripada sumber asal (game) malah kelihatan seperti siri zombi biasa yang banyak dihasilkan dalam industri. Walaupun begitu, ada juga beberapa komen positif lain yang diberikan penonton malah ada juga yang menyukainya.

Anda sudah tonton siri Resident Evil Netflix ini? Pada pendapat anda, adakah ia satu adaptasi siri yang teruk? Boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Anda boleh mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai siri Netflix melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post