Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 Remake umum ‘Free Demo’ & mode DLC ‘The Mercenaries’ – gameplay baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2023
in Action, Artikel, Berita, Demo, DLC, DLC percuma, PC, PS4, PS5, Remake, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil 4 Remake umum ‘Free Demo’ & mode DLC ‘The Mercenaries’ – gameplay baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara PlayStation State of Play hari ini, Capcom telah mendedahkan maklumat baharu tentang Resident Evil 4 Remake akan datang! Info ini datang dalam video trailer yang menunjukkan Leon. S Kennedy meneroka pelbagai persekitaran baharu, adegan bersama musuh Jack Krauser dan banyak lagi. Selain itu, trailer juga mengumumkan demo percuma untuk RE4 dan mode DLC “The Mercenaries”.

Korang boleh tonton trailer terbaru Resident Evil 4 di bawah untuk gambaran umum:

Untuk pemain yang tidak sabar-sabar menantikan keluaran penuh game pada 24 Mac, demo REil 4 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Malangnya, tarikh dan info tentang platform khusus belum diumumkan lagi.

Bukan itu sahaja, pemain boleh menghadapi lebih banyak cabaran dalam mode “The Mercenaries”. Mode ini akan ditambah sebagai DLC percuma selepas pelancaran rasmi permainan. Sama seperti demo, maklumat tepat tentang masa keluaran demo belum dikongsi oleh Capcom lagi.

Di samping itu, Resident Evil 4 “Deluxe Edition” turut tersedia untuk pre-order! Edisi Deluxe mempunyai kandungan in-game tambahan seperti kostum, senjata, peta harta karun dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang pre-order RE4 edisi Standard, korang akan menerima ganjaran in-game, termasuk “Attaché Case: Gold” dan “Special Charm: Handgun Ammo,” manakala pre-order untuk edisi Deluxe termasuk tambahan “Attaché Case: Classic” dan item “Special Charm: Green Herb”.

Untuk mereka yang tidak tahu, game ini merupakan remake untuk RE4 dan direka untuk mengekalkan ciri-ciri ikonik game original sambil menggunakan RE Engine untuk menyampaikan gameplay moden, jalan cerita yang dirombak semula dan grafik terperinci dan jelas. Bersama remake, mode VR untuk RE4 juga sedang dibangunkan sebagai DLC percuma.

6 tahun telah berlalu sejak bencana biologi di Raccoon City.

Leon S. Kennedy, salah seorang yang terselamat dalam insiden itu, telah direkrut sebagai ejen yang melaporkan terus kepada presiden Amerika Syarikat. Dengan pengalaman dalam pelbagai misi, Leon dihantar untuk menyelamatkan anak perempuan presiden yang diculik.

Semasa menyiasat, dia tiba di sebuah perkampungan Eropah yang terpencil, di mana ada sesuatu yang tidak kena dengan penduduk kampung. Kini, tirai dibuka pada sebuah kisah yang seram dan penuh bahaya.


Resident Evil 4 akan tiba pada 24 Mac 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Resident Evil 4 Remake termasuk preview awal dan temu ramah bersama producer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoDLCResident Evil 4 Remake
Previous Post

Boruto mungkin ‘buta sebelah mata’ – asal-usul parut didedahkan! *SPOILER*

Next Post

Street Fighter 6 tambah Zangief, Lily dan Cammy – melengkapkan roster 18 watak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Street Fighter 6 tambah Zangief, Lily dan Cammy – melengkapkan roster 18 watak!

Street Fighter 6 tambah Zangief, Lily dan Cammy - melengkapkan roster 18 watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd