Dengan pelancaran Resident Evil 4 semakin menghampiri, Capcom telah melepaskan satu lagi demo terbaru yang dipanggil “Chainsaw” untuk pemain PS5, PS4, Xbox Series dan PC melalui Steam. Anda boleh lihat trailer demo di bawah.
Untuk demo ini, anda melihat Leon Kennedy sedang mempertahankan diri daripada gergaji rantai. Kalau nak tahu yang jadi sebenarnya, kenalah cuba demo Resident Evil 4 Remake ini sekarang!
Untuk mereka yang tidak tahu, game ini merupakan remake untuk RE4 dan direka untuk mengekalkan ciri-ciri ikonik game original sambil menggunakan RE Engine untuk menyampaikan gameplay moden, jalan cerita yang dirombak semula dan grafik terperinci dan jelas. Bersama remake, mode VR untuk RE4 juga sedang dibangunkan sebagai DLC percuma.

6 tahun telah berlalu sejak bencana biologi di Raccoon City.
Leon S. Kennedy, salah seorang yang terselamat dalam insiden itu, telah direkrut sebagai ejen yang melaporkan terus kepada presiden Amerika Syarikat. Dengan pengalaman dalam pelbagai misi, Leon dihantar untuk menyelamatkan anak perempuan presiden yang diculik.
Semasa menyiasat, dia tiba di sebuah perkampungan Eropah yang terpencil, di mana ada sesuatu yang tidak kena dengan penduduk kampung. Kini, tirai dibuka pada sebuah kisah yang seram dan penuh bahaya.
Resident Evil 4 akan tiba pada 24 Mac 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Resident Evil 4 Remake termasuk preview awal dan temu ramah bersama producer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post