Hari ini, Studio MAGES telah mengumumkan game konsol pertama untuk francais Rent-A-Girlfriend, yang bertajuk ‘Rent-A-Girlfriend: The Horizon and the Girl in the Swimsuit‘ untuk PlayStation 4 dan Switch.
Bakal dilancarkan pada 2024 di Jepun, mereka turut memuat naik trailer pertama yang anda boleh tonton di bawah:
Merupakan game novel visual romantik berdasarkan siri anime popular tersebut, tidak banyak yang didedahkan tentang Rent-A-Girlfriend: The Horizon dan Girl in the Swimsuit termasuk gameplay, plot, dan jika game ini akan dikeluarkan di luar Jepun. Namun, MAGES mengesahkan bahawa maklumat baharu akan didedahkan pada 5 Ogos. Sementara itu, peminat boleh melayari laman web rasmi.
Ini merupakan game konsol pertama untuk francais. Sebelum ini, ia ada game mobil crossover bertajuk Kanojo, Okarishimasu Heroine All-Stars yang dibangunkan oleh Enish. Menampilkan Chizuru, Mami, Ruka dan Sumi sebagai watak utama, watak-watak wanita lain daripada Weekly Shonen Magazine turut muncul termasuk Fairy Tail, The Seven Deadly Sins, Domestic Girlfriend, Yamada-kun and the Seven Witches, dan banyak lagi. Game ini dikeluarkan pada September 2021, tetapi malangnya terpaksa ditamatkan pada Januari 2023.
Selain game, peminat juga boleh menantikan musim keempat anime Rent-A-Girlfriend, yang akan ditayangkan pada tahun 2025. Musim baharu akan mengadaptasikan Hawaiian Resort arc, dan dijangka akan berlangsung selama 12 episod.
Sinopsis:
“Kazuya Kinoshita ialah pelajar kolej berusia 20 tahun yang mempunyai teman wanita cantik: Mami Nanami yang popular. Tanpa duga, Mami berpisah dengannya, meninggalkan Kazuya dalam keadaan patah hati dan kesepian. Untuk meredakan kesakitan ini, dia mengupah teman wanita sewa melalui aplikasi online. Pasangannya ialah Chizuru Mizuhara, dengan kecantikan dan kecomelan yang tiada tolok banding, berjaya mencuri hati Kazuya.”
@gamersantaimy
Discussion about this post