Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remake Until Dawn Akan Tiba 4 Oktober – Apakah Perubahan Yang Dibawa?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS5, Remake, Seram
0 0
0
Remake Until Dawn Akan Tiba 4 Oktober – Apakah Perubahan Yang Dibawa?
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa remake Until Dawn rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC pada 4 Oktober 2024. Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik video baharu yang menjelaskan semua perubahan di versi Remake berbanding versi original yang diuruskan oleh Ballistic Moon.

Jadi apakah perubahan dalam remake Until Dawn?

Visual dibina semula dalam Unreal Engine 5

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Until Dawn telah dibina semula menggunakan Unreal Engine 5 untuk memberi pengalaman yang lebih beratmosfera dan “seram moden”. Studio telah mengemas kini model watak, persekitaran, objek boleh berinteraksi, kesan visual dan animasi, semuanya direka untuk memaksimumkan pengalaman Until Dawn pada PlayStation 5 dan PC. Sistem kecederaan turut dikemas kini yang membolehkan studio menambah elemen seperti luka, lebam, koyakan, salji dan air pada badan watak.

Sinematografi, reka bentuk produksi, dan mekanik kawalan kamera baharu

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Dengan menggunakan gabungan kamera tetap dan over-the-shoulder, anda kini boleh melihat dunia Until Dawn dari perspektif baharu sepenuhnya. Menggabungkan sinematografi original dengan pengenalan kamera third-person moden, studio berharap dapat membawa kehidupan baharu kepada watak dan lokasi. Fleksibiliti kamera membolehkan mereka memberi penekanan baharu pada detik-detik penting dan menceritakan kisah dari pandangan yang lebih dekat dengan watak.

Prolog yang diolah semula

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Walaupun komited untuk mengekalkan naratif original, SIE merasakan bahagian Prolog akan lebih menyerlah jika beberapa perubhan dibuat pada rentak naratif. Di sini, keluarga Washington diberi adegan tambahan untuk meneroka ikatan keluarga mereka yang rapat dan mengenali masing-masing dengan lebih baik. Studio juga telah merangka semula beberapa adegan original dan memberi konteks tambahan untuk meningkatkan impak emosi.

Collectible Baharu

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Semua totem original telah diposisikan di lokasi berbeza, lantas tidak boleh ditemui di tempat yang sama lagi. Studio juga telah menambahkan Hunger totem, jenis totem baharu yang mempunyai visi yang berbeza dengan yang lain. Bukan itu sahaja, remake telah menambah pelbagai interaksi baharu dan kawasan baharu. Ini menambah konteks dan butiran tambahan kepada dunia Until Dawn dan memberi ganjaran untuk pemain yang suka meneroka.

Tetapan yang boleh diubahsuai

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Beberapa tetapan accessibility dan usability baharu telah dilaksanakan untuk membantu lebih ramai pemain menikmati game tersebut. Pada masa yang sama, studio telah mencipta alternatif baharu untuk mekanik ‘Don’t Move’ yang dipanggil ‘Stay Calm’. Stay Calm adalah untuk peranti third-party yang tidak mempunyai giroskop atau untuk pemain yang lebih suka cabaran berbeza.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: until dawn
ShareTweetSend
Previous Post

Xiaomi TV A Pro 2025 Series, Smart Band 9 & Gaming Monitor G Pro 27i Kini Tersedia Di Malaysia!

Next Post

Game Waifu Kucing ‘Cat Fantasy’ Dedahkan Tarikh Keluaran Rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Game Waifu Kucing ‘Cat Fantasy’ Dedahkan Tarikh Keluaran Rasmi!

Game Waifu Kucing 'Cat Fantasy' Dedahkan Tarikh Keluaran Rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd