Penerbit Prime Matter dan developer Nightdive Studios telah mengeluarkan trailer gameplay untuk remake System Shock yang bertajuk“From SHODAN with Hate” dan beberapa info lanjut tentang game ini.
Trailer di atas menampilkan lakonan suara Terri Brosius yang kembali sebagai SHODAN (Sentient Hyper-Optimized Data Access Network), sebuah AI jahat yang ingin melihat kepupusan manusia. Bukan itu sahaja, trailer juga mempamerkan adegan gameplay baru, serta pandangan pertama untuk beberapa kawasan ikonik dari game original (1994) tetapi kini dibina semula oleh Nightdive Studios.

Berikut ialah gambaran keseluruhan bagi game, menurut Prime Matter:
Berlangsung di stesen angkasa yang terbiar, pemain perlu bertahan hidup dalam persekitaran yang bahaya dan menewaskan SHODAN (Sentient Hyper-Optimized Data Access Network), sebuah AI jahat yang menginginkan kehancuran manusia.
System Shock baharu ini adalah remake sepenuhnya dari versi original 1994 yang hebat, dan menggandingkan gameplay teras kegemaran orang ramai dengan visual HD baru, kawalan yang dikemas kini, interface yang dibaik pulih serta bunyi dan muzik yang di-remaster.
Nightdive Studios telah bekerjasama rapat dengan ramai ahli pasukan System Shock original, termasuk suara AI SHODAN—Terri Brosius—untuk memastikan remake itu menghormati legasi game sehingga ke tahap paling tinggi.
Latar belakang permainan, Citadel Station, kini adalah lebih besar dan lebih menakutkan berbanding sebelum ini dengan kawasan baharu, perangkap, teka-teki dan rahsia untuk dibongkar.

Itu sahaja info yang didedahkan buat masa sekarang. Remake System Shock akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG pada tahun 2022.
Untuk membaca segala liputan kami tentang game dan update baru, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post