Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remake ‘Ranma 1/2’ Dedah Visual, Dibuat oleh Studio MAPPA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2024
in Artikel
0 0
0
Remake ‘Ranma 1/2’ Dedah Visual, Dibuat oleh Studio MAPPA!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung bulan lepas, kami dapat pengesahan bahawa siri klasik Ranma 1/2 akan diadaptasikan kepada anime remake baharu. Kini, kami akhirnya mendapat melihat rupa sebenar ‘Ranma 1/2 remake’ melalui tayangan trailer pertama – dan lebih mengejutkan lagi, Studio MAPPA bertanggungjawab untuk bahagian animasi!

Jelas sekali, pasukan di sebalik anime baharu Ranma 1/2 bersiap sedia untuk membawa rom-com ini kepada generasi baharu! Diakui sebagai salah satu anime klasik terbaik pada zaman dahulu, rupanya ramai yang merindukan Ranma 1/2. Lagipun, anime original oleh Studio Deen berlangsung dari 1989 hingga 1992 dan kini selepas lebih 30 tahun, siri ini baru sahaja muncul semula.

Kredit: © 高橋留美子・小学館/「らんま1/2」製作委員会

Cerita ini berkisar tentang seorang remaja bernama Ranma Saotome yang telah berlatih dalam seni mempertahankan diri sejak awal zaman kanak-kanak. Akibat kemalangan semasa dalam perjalanan latihan, dia disumpah menjadi seorang gadis apabila terkena air sejuk, manakala air panas akan mengubahnya semula kepada lelaki.

Sepanjang siri ini, Ranma mencari cara untuk melepaskan dirinya daripada sumpahan itu, manakala kawan, musuh dan tunangnya yang ramai sentiasa menghalang dan mengganggu usahanya.”

Kredit: © 高橋留美子・小学館/「らんま1/2」製作委員会

Dengan kepakaran Studio MAPPA (yang terkenal dengan Jujutsu Kaisen, Attack on Titan: The Final Season, Chainsaw Man), Kōnosuke Uda mengambil tugas sebagai pengarah, dan dibantu oleh Kimiko Ueno yang menghasilkan skrip bagi siri, dan Hiromi Taniguchi sebagai pereka watak.

Untuk memberi sentuhan nostalgia, pelakon suara daripada anime original juga akan kembali untuk Ranma 1/2 versi baharu! Secara lebih khusus, Kappei Yamaguchi, Megumi Hayashibara dan Noriko Hidaka akan memainkan semula peranan mereka sebagai Ranma Saotome (lelaki), Ranma (perempuan), dan Akane Tendō.

Kredit: © 高橋留美子・小学館/「らんま1/2」製作委員会

Pelakon suara lain yang turut kembali termasuk:

  • Minami Takayama sebagai Nabiki Tendō
  • Kikuko Inoue sebagai Kasumi Tendō
  • Kōichi Yamadera sebagai Ryōga Hibiki
  • Rei Sakuma sebagai Shampoo

Akio Ōtsuka akan memainkan watak Sōun Tendō dalam anime baharu, menggantikan Ryunosuke Ohbayashi. Chō pula akan memainkan watak Genma Saotome menggantikan Kenichi Ogata, yang kini menjadi narator baharu, selepas menggantikan mendiang Tadashi Nakamura.

Kredit: © 高橋留美子・小学館/「らんま1/2」製作委員会

Menurut laporan, anime remake Ranma 1/2 akan membuat tayangan perdana di Jepun pada 5 Oktober, tetapi jangan risau, kerana anime ini akan disiarkan secara eksklusif di Netflix selepas siaran Jepun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

‘Emio – The Smiling Man: Famicom Detective Club’ Akhirnya Didedahkan!

Next Post

Raikan Ulang Tahun Ke-20 MSI Bersama Promosi Jualan Eksklusif – Pakej Istimewa Pada Harga Istimewa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Raikan Ulang Tahun Ke-20 MSI Bersama Promosi Jualan Eksklusif – Pakej Istimewa Pada Harga Istimewa!

Raikan Ulang Tahun Ke-20 MSI Bersama Promosi Jualan Eksklusif - Pakej Istimewa Pada Harga Istimewa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd