Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remaja Hilang Lima Hari Selamat Ditemui, Rupanya Bermain PS2 Bersama Kawan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2024
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Remaja Hilang Lima Hari Selamat Ditemui, Rupanya Bermain PS2 Bersama Kawan
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, Muhammad Syawal Abdullah, yang dilaporkan hilang pada 5 November, telah ditemui selamat selepas menghabiskan lima hari di rumah rakannya bermain permainan video PS2.

Kredit: MalaysiaGazette

Ibu bapanya telah membuat laporan hilang setelah remaja itu mengatakan dirinya kurang sihat dan tidak pergi ke sekolah. Namun, sebaik sahaja ibu bapanya keluar, remaja itu dilaporkan keluar secara diam-diam untuk bertemu rakan-rakannya di kawasan Kampung Melayu, Kluang, dan menghabiskan masanya bermain PS2.

Apabila keluarganya tidak dapat menemuinya, mereka semakin risau dan menghubungi pihak polis kerana bimbang akan keselamatannya. Mereka turut berusaha mencari di rumah saudara-mara serta bertanya kepada rakan-rakan, namun tiada hasil

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, Muhammad Syawal akhirnya ditemui di rumah oleh ibu bapanya pada awal pagi, kira-kira jam 3:30 pagi pada 10 November. Setelah pulang, remaja itu mengakui bahawa dia berada di rumah rakannya di kampung yang sama untuk bermain PS2 dan “melepak.”

Remaja itu turut mengaku bahawa dia pulang ke rumah sekali-sekala dalam tempoh lima hari itu untuk makan dan mandi ketika ibu bapanya tiada di rumah, sebelum kembali semula ke rumah rakannya. Setelah yakin anaknya selamat dan dalam keadaan sihat, ibunya menarik balik laporan hilang yang dibuatnya sejurus selepas menemui anaknya.

Sumber – MalaysiaGazette

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysiatempatan
ShareTweetSend
Previous Post

Previu SEDAP! A Culinary Adventure (Demo) – Cita Rasa Asia Tenggara

Next Post

Pencipta Palworld Dedah Isu Sebenar Dalam “Kes Plagiat” Nintendo/The Pokémon Company

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pencipta Palworld Dedah Isu Sebenar Dalam “Kes Plagiat” Nintendo/The Pokémon Company

Pencipta Palworld Dedah Isu Sebenar Dalam "Kes Plagiat" Nintendo/The Pokémon Company

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd