Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Redmi 9T dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM599!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2021
in Artikel, Audio, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Redmi 9T dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM599!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara pelancaran global Redmi Note 9T 5G baru sahaja tamat sebentar tadi. Bersamanya, spesifikasi penuh dan harga rasmi untuk peranti juga telah didedahkan. Sebagai telefon pintar “mid-range” berdasarkan Redmi Note 9 5G yang dilancarkan di China pada bulan November 2020, pengguna Malaysia boleh membeli peranti-peranti ini pada harga mampu milik. Tetapi adakah spesifikasinya sesuai dengan harga? Mari kita lihat!

Redmi 9T

Telefon ini dilengkapi dengan paparan IPS 6.53 inci FHD+ dengan bantuan Corning Gorilla Glass 3 untuk perlindungan tambahan. Bagi menambah lagi keselamatan, paparan ini di diakui oleh TUV Rheinland dan L1 Widevine. Reka bentuk telefon pun tidak banyak berubah, di mana bahagian belakang mempunyai tekstur plastik “anti-fingerprint” yang sangat kemas dan boleh didapati dalam warna Carbon Grey, Twilight Blue, Sunrise Orange, dan Ocean Green.

Daripada segi kamera, telefon ini mempunyai setup “quad-camera“ 48MP bersama dengan ultrawide 8MP, 2MP “depth sensor“, dan 2MP “macro lens“. Untuk kawan-kawan yang suka selfie, kamera depan adalah 8MP.

Di dalam, peranti dilengkapi dengan chipset Snapdragon 662 bersama RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB. Bagi pendapat saya, telefon ini sepatutnya dapat menawarkan pengalaman gaming yang agak lancar berkat chipset-nya yang canggih. Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 18W. Pengecas 22.5W juga terdapat di dalam kotak dan berfungsi melalui USB-C.

Anda semua boleh membeli varian Redmi 9T (4+64GB) pada harga RM599 atau varian Redmi 9T (6+128GB) pada harga RM699 bermula 15 Januari 2021. Dengan harga serendah ini, ia adalah pilihan bagus untuk pengguna yang mahukan peranti canggih dan mampu “gaming”. Lawat halaman Shopee atau Lazada  Xiaomi untuk maklumat lanjut.

Redmi Note 9T

Redmi Note 9T menampilkan paparan 6.53 inci FHD+ yang diperakui oleh TUV Rheinland sama seperti Redmi 9T. Ia dikuasakan oleh chipset MediaTek Dimensity 800U bersama dengan GPU Mali G57, RAM 4GB, dan storan sehingga 128GB yang boleh dikembangkan lagi melalui slot kad microSD.

Bagi kamera, Redmi Note 9T memiliki tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, ultrawide 8MP, dan 2MP “macro lens” manakala di depan adalah kamera 13MP untuk selfie dan panggilan video. Ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Malangnya, peranti ini masih belum tersedia di Malaysia, dan tiada kata rasmi bila ia akan hadir di pasaran kita.

Mi Smart Speaker & Mi 65W Fast Charger

 

1 of 2
- +

Selain Redmi 9T dan Redmi Note 9T, Xiaomi juga memperkenalkan 2 ahli baru kepada ekosistem mereka. Saya memperkenalkan Mi Smart Speaker dan Mi 65W Fast Charger dengan teknologi GaN!

Mi Smart Speaker berfungsi seperti Google Home, dengan bantuan Google Assistant di dalam. Butang kawalan boleh didapati di bahagian atas dan ia mempunyai lampu LED yang bertindak pada arahan suara kita. Jika berminat, Mi Smart Speaker dijual pada harga RM209 di Lazada dan Shopee.

Pada masa yang sama, kita ada Mi 65W Fast Charger. Ia mampu mengecas pelbagai jenis peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba yang menggunakan pengecas USB-C. Pengecas ini dijual pada harga RM119 dan boleh dibeli di Lazada dan Shopee.

*kedua-dua peranti boleh didapati bermula 9 Januari 2021*

Untuk segala liputan kami tentang Xiaomi, sila pergi ke pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mi 65W Fast ChargerMi Smart SpeakerRedmi 9TRedmi Note 9Txiaomi
Previous Post

Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan keluar di Asia pada 20 Mei 2021!

Next Post

Pesaing terhebat Ash akan kembali sekali lagi di anime Pokemon Journeys!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pesaing terhebat Ash akan kembali sekali lagi di anime Pokemon Journeys!

Pesaing terhebat Ash akan kembali sekali lagi di anime Pokemon Journeys!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd