Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Red Dead Redemption Versi PC Dibocorkan Oleh PlayStation

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PC
0 0
0
Red Dead Redemption Versi PC Dibocorkan Oleh PlayStation
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang Red Dead Redemption versi PC telah muncul sekali lagi, tetapi kali ini, nampaknya berita ini sangat sahih kerana kebocoran terbaharu datang daripada PlayStation Store.

Kredit: Rockstar Games

Dalam suatu kesilapan, halaman PlayStation Store untuk Red Dead Redemption versi PlayStation 4 baru-baru ini dikemas kini dengan maklumat baharu untuk versi PC (yang masih belum diumumkan). Teks maklumat mengesahkan bahawa game ini juga boleh dimainkan pada PC dengan beberapa ayat tambahan yang menghuraikan beberapa ciri yang akan disokong.

Seperti saya katakan tadi, Rockstar Games belum lagi mengumumkan apa-apa tentang Red Dead Redemption versi PC secara rasmi, dan sekarang, maklumat itu telahpun dibuang daripada halaman PlayStation Store tersebut. Nasib baiklah, beberapa screenshot berjaya diambil sebelum halaman itu dikemas kini.

Kredit: Wario64

Berikut adalah penterjemahan:

“Alami pengembaraan barat epik yang mentakrifkan satu generasi — kini di PC buat pertama kalinya.”

“Menampilkan pengalaman single-player yang lengkap bagi kedua-dua game, termasuk kandungan bonus daripada Game of the Year Edition, Red Dead Redemption menampilkan semua peningkatan daripada versi konsol 2023 serta peningkatan khusus untuk PC termasuk sokongan untuk resolusi dan framerate yang lebih tinggi, berbilang paparan dan lain-lain aksesori, serta bunyi spatial surround.”

Memandangkan game ini telahpun bocor, kita hanya menunggu masa Rockstar Games membuat pengumuman rasmi.

Bagi mereka yang tidak tahu, Red Dead Redemption ialah game action-adventure open world, dan entri kedua dalam siri Red Dead. Berlangsung semasa era Wild West pada tahun 1911, kisah mengikuti John Marston, bekas outlaw, yang harus menangkap tiga ahli bekas gengnya selepas isteri dan anaknya dijadikan tebusan oleh kerajaan.

Red Dead Redemption dikeluarkan untuk PlayStation 3 dan Xbox 360 pada 2010, dan menerima pujian positif untuk visual, muzik, persembahan, gameplay dan naratifnya. Ia memenangi beberapa anugerah, termasuk Game of the Year dan dianggap sebagai salah satu permainan video terbaik yang pernah dibuat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCred dead redemption
ShareTweetSend
Previous Post

Selami Android Saga Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Next Post

Lelaki Arab Saudi Pecah Rekod Dunia, 444 Konsol Gaming Disambungkan Ke Satu TV!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Lelaki Arab Saudi Pecah Rekod Dunia, 444 Konsol Gaming Disambungkan Ke Satu TV!

Lelaki Arab Saudi Pecah Rekod Dunia, 444 Konsol Gaming Disambungkan Ke Satu TV!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd