Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Record of Ragnarok musim 2 akan tayang pada 2023 di Netflix, Visual baru telah didedahkan!

Maira by Maira
June 20, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Netflix
0 0
0
Record of Ragnarok musim 2 akan tayang pada 2023 di Netflix, Visual baru telah didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim baru untuk anime Record of Ragnarok dikhabarkan akan tayang pada tahun 2023 di Netflix. Pengumuman itu telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi anime malah visual baru untuknya juga telah didedahkan. Nampaknya peminat boleh nantikan pertarungan yang panjang kerana agak jauh juga adaptasi untuk musim 2 Record of Ragnarok ini. Hampir sangat dengan pertarungan yang sedang berlangsung dalam manga. Berikut adalah visual yang telah dilepaskan.

Jika dilihat daripada visual baru tersebut, musim baru ini akan menampilkan tiga perlawanan iaitu Jack the Ripper vs Hercules, Raiden Tameemon vs Shiva dan satu lagi perlawanan yang mengejutkan. Seperti musim pertama, anime ini akan ditayangkan di Netflix tetapi masih tiada tarikh rasmi mengenainya. Mungkin Netflix akan umumkan tarikh tayangan pada hujung tahun ataupun tahun depan. Kita nantikan sahaja pengumuman rasmi nanti.

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, Record of Ragnarok adalah anime yang diadaptasi daripada manga yang dilukis oleh Shinya Umemura dan dilukis oleh Ajichika. Penceritaannya menampilkan pertempuran hebat antara Dewa dan Manusia. Berikut adalah sinopsisnya:

“Setiap 1000 tahun, semua dewa berkumpul untuk menentukan nasib umat manusia. Setelah 7 juta tahun dalam sejarah manusia, para dewa membuat keputusan bahawa manusia tidak dapat dimaafkan dan harus dihapuskan.

Namun, valkyrie Brunhild mengusulkan untuk memberi manusia satu peluang terakhir bagi membuktikan nilai mereka dan para dewa bersetuju untuk mengadakan pertarungan Ragnarok, sebuah kejohanan di mana 13 manusia terkenal dari seluruh sejarah menentang 13 dewa paling kuat yang hingga mati. Kemanusiaan akan terselamat jika pasukan mereka memperoleh kemenangan dalam pertandingan ini.

Bahkan, setiap manusia juga diberikan bantuan oleh valkyrie yang boleh berubah menjadi senjata kuat serta diubahsuai untuk menepati gaya pertempuran pengguna, dengan risiko kematian jika pengguna itu pun terbunuh.”

Anda yang teringin untuk menontonnya, boleh ke aplikasi atau laman web Netflix sementara menunggu musim 2 Record of Ragnarok. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeRecord of RagnarokSeason 2
Previous Post

Steam Summer Sale 2022 kembali pada 24 Jun ini! God of War, Ghostwire: Tokyo juga ada diskaun!

Next Post

One Piece: Dua Emperor baru diumumkan, bounty Luffy kini 3 billion berry

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece: Dua Emperor baru diumumkan, bounty Luffy kini 3 billion berry

One Piece: Dua Emperor baru diumumkan, bounty Luffy kini 3 billion berry

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd