Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RE: Village VR mode sebagai DLC percuma di PS VR2!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 15, 2022
in Artikel, Berita, Game, Platform, VR
0 0
0
RE: Village VR mode sebagai DLC percuma di PS VR2!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan Resident Evil (RE) Village VR mode akan tersedia untuk PS VR2 seiring dengan tarikh pelancaran produk Sony tersebut pada 22 Februari 2023. Mode ini akan tiba sebagai DLC percuma untuk mereka yang sudah mempunyai RE Village atau RE Village Gold Edition.

https://twitter.com/RE_Games/status/1603178257939152896?s=20&t=UOTd7MLcBWMZG9AmBOj6rw

RE: Village ialah game terbaru kepada siri Resident Evil yang dikeluarkan pada tahun lepas dan merupakan sambungan daripada RE7: Biohazard. Pemain sekali lagi akan menyertai pengembaraan Ethan Winters ke sebuah perkampungan misteri untuk menyelamatkan anaknya, Rose. Sama seperti RE7, game ini menggunakan first-person perspective di mana ia mendapat sambutan baik dan nampaknya sesuai untuk kemas kini VR yang akan tiba tidak lama lagi.

Seperti yang saya katakan, mana-mana pemain yang memiliki game ini akan layak untuk menuntut VR mode secara percuma, tidak kira jika anda mempunyai versi Standard atau Gold Edition. Menurut Capcom, spesifikasi headset Sony akan digunakan sepenuhnya ketika bermain mode VR seperti paparan 4K HDR, eye tracking dan audio 3D. Kesemua ciri tersebut akan membantu pemain untuk mendapat pengalaman yang menyeronokkan sepenuhnya bagi pengembaraan terbaru Ethan Winter.

PS VR2 Sense Controller juga akan ditetapkan untuk memberi perasaan realisme kerana pengawal tersebut akan mengawakili tangan Ethan dan anda boleh menggerakkannya secara bebas. Hal ini membolehkan pemain menjalankan fungsi berasingan seperti satu tangan digunakan untuk mengawal manakala tangan lagi satu digunakan untuk menembak dan membunuh musuh.

Anda boleh tonton trailer di bawah:

Peminat Resident Evil pasti berasa gembira kerana Capcom memberikan begitu banyak perhatian kepada game ini. Tahun ini sahaja, mereka telah mengeluarkan Winter’s Expansion yang mendapat sambutan yang memberangsangkan, ia termasuk dengan kembalinya Mercenaries Additional Orders, mode third-person perspective dan DLC Shadow of Rose. DLC tersebut memberikan kesinambungan cerita utama dan mengikuti Rose Winters, 16 tahun selepas peristiwa game utama.

Sekali lagi saya ingatkan, Resident Evil: Village VR mode akan tersedia secara percuma untuk mereka yang sudah memiliki RE: Village Standard Edition atau Gold Edition untuk PS VR2 pada 22 Februari 2023. Jadi, jika anda belum mempunyai game ini, anda boleh dapatkannya di PlayStation Store sekarang.

Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomPS VR2Resident Evil VillageResident Evil Village VR
Previous Post

Henry Cavill tidak akan kembali sebagai Superman, DC Studio ada rancangan lain

Next Post

Private Division & Bloober Team bekerjasama, sedang bikin game ‘survival horror’ baru!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Private Division & Bloober Team bekerjasama, sedang bikin game ‘survival horror’ baru!

Private Division & Bloober Team bekerjasama, sedang bikin game 'survival horror' baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd