Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer melancarkan mikrofon Seiren V2 Pro & Seiren V2 X untuk para streamer yang baru bermula!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2021
in Aksesori, Artikel, Audio, Berita, Teknologi
0 0
0
Razer melancarkan mikrofon Seiren V2 Pro & Seiren V2 X untuk para streamer yang baru bermula!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer hari ini mengumumkan pelancaran dua entri baru untuk sistem mikrofon mereka iaitu, Seiren V2 Pro dan Seiren V2 X, yang pasti akan menjadi aset penting untuk mana-mana streamer kerana menawarkan ciri-ciri premium dalam mikrofon dinamik/kondensor untuk menghasilkan tangkapan audio yang lebih jelas.

Pertama sekali, Seiren V2 Pro menawarkan bunyi dengan kualiti ala-ala radio-DJ kepada para streamer. Ciri ” high pass filter dan analog gain limiter” memastikan bahawa mikrofon hanya menangkap apa yang anda mahukan, dan secara semula jadi, membuang bunyi latar belakang yang mengganggu. Antara ciri-ciri utama Seiren V2 Pro termasuk:

  • Mikrofon dinamik untuk membolehkan rakaman vokal kaya dan kuat
  • Respons frekuensi setinggi 20 Hz untuk menangkap jarak audio yang luas
  • High Pass Filter untuk menghalang bunyi yang tidak diingini
  • Analog Gain Limiter untuk mencegah gangguan suara
  • Jarak yang dinamik dan tepat pada kadar 24 Bit

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Seiren V2 Pro, sila lihat di sini.

Seiren V2 X pula telah membuat banyak penambahbaikan pada mikrofon kondensor Razer Seiren X. Menampilkan corak audio supercardioid, Seiren V2 X dengan mudah dapat mengasingkan suara streamer dari bunyi latar belakang yang bising, dan hanya menyampaikan apa yang ingin diluahkan dengan jelas. Beberapa ciri utama Seiren V2 X termasuk:

  • Mikrofon kondensor 25mm untuk kualiti vokal semulajadi
  • Corak audio Supercardioid untuk pengasingan suara yang lebih bagus
  • Analog Gain Limiter untuk mencegah gangguan suara
  • Jarak yang dinamik dan tepat pada kadar 24 Bit

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Seiren V2 Pro, sila lihat di sini.

Kedua-dua Seiren V2 Pro dan Seiren V2 X mempunyai pelbagai pilihan customization melalui perisian audio mixing dalam Razer Synapse di mana para streamer dapat menikmati kawalan tahap input/output dari beberapa sumber audio secara bebas, bagi mengubah suai sepenuhnya suara yang disampaikan kepada penonton semasa siaran langsung.

Boleh didapati bermula sekarang, Razer Seiren V2 Pro dan Razer Seiren V2 X masing-masing boleh didapati pada harga RM729.00 dan RM489.00, di pengedar sah dan Razer.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: razerSeiren V2 ProSeiren V2 XStreamerTeknologi
Previous Post

Boruto: Rahsia di sebalik kekuatan KARMA telah didedahkan!

Next Post

Sausage Man Championship 2021 – Perlawanan sosej epik di Asia Tenggara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Sausage Man Championship 2021 – Perlawanan sosej epik di Asia Tenggara!

Sausage Man Championship 2021 - Perlawanan sosej epik di Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd