Kerusi Razer Enki yang telah dilancarkan semasa RazerCon 2021 adalah barisan kedua kerusi gaming Razer. Sejak itu, Razer Enki ini dianggap sebagai kerusi gaming terbaik kerana selesa digunakan sepanjang hari. Dilancarkan di laman web rasmi pada 27 Mei 2022, Razer Enki Pro memberikan keselesaan yang ke tahap yang lebih tinggi.

Dihasilkan mengikut Razer Enki, kerusi gaming Razer Enki Pro dilapisi dengan Alcantara dan kulit premium yang mampan untuk kelesaan dan ketahanan yang unggul. Tambahan pada base tempat dudukberkusyen dual-density, Razer Enki Pro menampilkan sandaran belakang kusyen dual-density, memastikan pengguna mendapat keselesaan terbaik sepanjang hari tidak kiralah berkerja atau bermain game.

Untuk lebih ketepatan, Razer Enki Pro menampilkan dail sandar yang membolehkan pengguna melaraskan kedudukan tempat duduk yang anda inginkan dengan lebih tepat. Kerusi itu juga mempunyai kusyen kepala memori magnetik untuk sokongan kepala dan leher yang benar-benar lancar.

Kerusi ini tersedia di Razer pada tanda harga RM 4299. Jadi, kepada sesiapa yang inginkan kerusi hebat serta mantap, bolehlah cuba Razer Enki Pro. Anda juga boleh lawati laman web rasmi Razer untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerusia gaming baru ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Razer daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post