Bersempena dengan acara RazerCon hari ini, mereka telah mendedahkan pelbagai produk baharu seperti Razer Hammerhead Hyperspeed, Razer Kaira Pro dan banyak lagi. Tetapi terdapat satu produk yang betul-betul menarik perhatian saya iaitu Razer Enki Pro Automobili Lamborghini Edition. Ia bakal tersedia pada bulan Disember 2022.
Jika sebelum ini Razer pernah mengeluarkan kerusi gaming yang diinspirasikan daripada Williams dan Koenigsegg, kini mereka telah bersedia untuk melancarkan kerusi gaming daripada hasil kolaborasi bersama Lamborghini.
Biasanya kita kenal Razer sebagai satu syarikat yang mengetengahkan warna hijau pada semua produknya tetapi untuk kolaborasi ini, mereka telah memilih untuk menggabungkan warna eksklusif daripada syarikat automobil itu sendiri iaitu oren dan hitam.

Jika nak bercakap tentang reka bentuknya, mereka memastikan yang kerusi gaming ini dapat memberikan pengalaman baharu dengan menggunakan bahan yang eksklusif seperti Alcantara premium, kusyen sandar dwi-ketumpatan, kusyen kepala bermagnet dan tempat letak tangan yang baik. Logo Automobili Lamborghini juga ditampilkan pada bahagian belakang kerusi.
Kalau korang berminat untuk mendapatkan Razer Enki Pro Automobili Lamborghini Edition, ia akan tersedia pada bulan Disember 2022 dengan tanda harga $1,299 (anggaran RM 6,107.90) di Razer.com dan RazerStore. Tetapi, kami tidak pasti sama ada ia akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak. Apapun, reka bentuknya nampak sangat premium yang setanding dengan kualitinya.

Apa pendapat korang tentang kerusi gaming terbaru daripada Razer yang berkolaborasi dengan Lamborghini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Kalau korang nak tengok produk lain yang dilancarkan semasa RazerCon 2022, sila klik pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post