Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer Edge 5G didedahkan — Digelar peranti “handheld gaming 5G” paling unggul!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2022 - Updated on November 1, 2022
in Artikel, Berita, Hardware, Komputer, Teknologi
0 0
0
Razer Edge 5G didedahkan — Digelar peranti “handheld gaming 5G” paling unggul!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer bersama dengan Verizon hari ini telah mengumumkan Razer Edge 5G, yang digelar sebagai peranti “handheld gaming 5G terunggul” semasa acara RazerCon 2022!

Bersama paparan AMOLED 6.8” dengan refresh rae 144hz pada resolusi 2400×1080 FHD+, Edge dikuasakan oleh Snapdragon G3x Gen 1 Gaming Platform terbaharu, yang direka khas untuk memberikan prestasi gaming terbaik semasa dalam perjalanan. Selain itu, peranti ini menawarkan CPU Kryo octa-core 3Ghz dengan GPU Adreno yang dibina untuk grafik maksimum dan prestasi terkemuka per watt.

Base model

Untuk jangka hayat bateri yang tahan lama selama berjam-jam, Razer Edge dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5000mAh.

Tersedia dalam kedua-dua model Wi-Fi atau Verizon 5G, Razer Edge pada mulanya akan ditawarkan untuk pasaran A.S. dahulu dan disertakan dengan Razer Kishi V2 Pro, yang menampilkan semua teknologi, pilihan customization dan ciri Kishi V2, dengan dua tambahan: maklum balas haptik Razer HyperSense dan port audio 3.5mm.

Microswitch pada butang dan D-pad memberikan tindak balas taktikal dan aksi serta-merta untuk kawalan kualiti konsol tepat pada platform “handheld gaming”.

Seperti namanya, Razer Edge 5G ialah peranti gaming 5G pertama di dunia, dengan beribu-ribu game AAA. Semuanya ada termasuk; game Android, launcher Epic Games (Fortnite dan Rocket League Sideswipe), perkhidmatan cloud gaming seperti Xbox Cloud
Gaming(Beta) dan Nvidia GeForce Now.

Pilihan remote play juga tersedia yang menawarkan akses penuh kepada perpustakaan PC seperti Steam Link, Moonlight dan Parsec. Dengan akses tanpa had kepada katalog game, Razer Edge 5G memberikan pengalaman gaming terbaik tanpa mengorbankan kandungan.

Razer Edge 5G akan dilancarkan pada Januari 2023 secara eksklusif melalui Verizon manakala Wi-Fi Razer Edge akan tersedia secara eksklusif di lokasi Razer.com dan RazerStore.

Spesifikasi

  • Platform: Snapdragon G3x Gen 1 Gaming Platform
  • OS: Android 12
  • Skrin: 6.8” FHD+ 2400×1080 AMOLED 144Hz
  • Memori: 8GB LPDDR5
  • Bateri: 5000mAh
  • Sambungan: Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, Sub 6, mmWave Verizon 5G
  • Berat: 263.8g, 400.8g dengan pengawal
  • Audio: Pembesar suara 2 hala dengan Verizon Adaptive Sound, 2 mikrofon digital
  • Storan: 128GB
  • Dimensi: 259.7 x 84.5 x 10.83mm

Untuk membaca segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 5grazerRazer Edge 5G
Previous Post

“Tanpa MESF, tiada esports di Malaysia” — Kenyataan Bikin Komuniti Esports Marah!

Next Post

Razer Enki Pro Automobili Lamborghini Edition dilancarkan, reka bentuk unik untuk para pencinta kereta sport

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Razer Enki Pro Automobili Lamborghini Edition dilancarkan, reka bentuk unik untuk para pencinta kereta sport

Razer Enki Pro Automobili Lamborghini Edition dilancarkan, reka bentuk unik untuk para pencinta kereta sport

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd