Razer hari ini mengumumkan kepulangan siri keyboard gaming terkenal DeathStalker yang hadir dengan tiga varian baru iaitu DeathStalker V2 Pro, DeathStalker V2 Pro Tenkeyless dan DeathStalker V2! Dengan reka bentuk yang anggun dan low-profile, barisan DeathStalker V2 menampilkan kedua-dua varian ‘linear’ dan ‘clicky’ bagi ‘Razer Low-profile Optical Switches’. Berikut adalah ciri-ciri utama:
Ciri Razer Low-Profile Optical Switch

Tampil dalam setiap produk DeathStalker V2, Razer Low-Profile Optical Switch membawa ‘actuation force’ berkelajuan cahaya kepada keyboard dengan menggunakan pancaran cahaya inframerah untuk mendaftarkan penekanan kekunci. Ini bermakna tiada ‘debounce delay’ pada setiap penekanan kekunci, lantas memberikan keyboard yang lebih pantas dan responsif untuk gaming serta pengalaman yang lebih lancar untuk menaip.

‘Low-Profile Optical Switch’ tersedia dalam dua varian, Linear dan Clicky di mana versi Linear mempunyai ‘actuation point’ hanya 1.2mm dengan jumlah key travel 2.8mm dan ‘actuation force’ hanya 45 gram. Bagi versi Clicky pula, ‘actuation point’ adalah 1.5mm, dengan key travel penuh 2.8mm dan ‘actuation force’ sebanyak 50 gram.
Melengkapkan ciri butang-butang adalah keycap ukiran laser dengan salutan tahan lama bagi melindungi kekunci daripada pudar atau calar. Daya ketahanan dipertingkatkan lagi dengan plat yang diperbuat daripada aloi aluminium 5052.
Prestasi bertemu versatil

DeathStalker V2 Pro dan DeathStalker V2 Pro Tenkeyless menampilkan Razer HyperSpeed Wireless. Menggunakan protokol data yang dioptimumkan, frekuensi radio ultra-pantas dan teknologi Adaptive Frequency, Razer HyperSpeed Wireless menyampaikan sambungan wayarles yang pantas, stabil dan boleh dipercayai, setanding dengan sambungan berwayar tradisional .
Boleh disambungkan kepada pelbagai peranti, pemain boleh menyambungkan DeathStalker V2 Pro dan tetikus Razer yang serasi kepada satu dongle HyperSpeed Wireless untuk kebebasan dan kemudahan yang lebih besar, sambil mengekalkan latency pada tahap minimum.

Selain itu, DeathStalker V2 Pro dan DeathStalker V2 Pro Tenkeyless juga menampilkan sambungan Bluetooth 5.0, yang memberikan fleksibiliti untuk menyambung sehingga 3 peranti sekaligus, di mana anda dapat bertukar antara peranti dengan hanya menekan satu butang.
Dengan jangka hayat bateri selama 40 jam penggunaan berterusan untuk DeathStalker V2 Pro, dan 50 jam untuk DeathStalker V2 Pro Tenkeyless, kedua-duanya dibekalkan dengan kabel Type-C boleh tanggal untuk mengecas.
Di samping itu, semua keyboard gaming Razer DeathStalker V2 serasi sepenuhnya dengan Razer Synapse 3 untuk customization sehingga 16.8 juta warna melalui Razer Chroma RGB.
Untuk maklumat lanjut tentang produk di atas, sila lihat di sini.
Harga dan ketersediaan
- Razer DeathStalker V2 Pro
- RM999.00 MSRP
- 26 Julai 2022
- Razer DeathStalker V2 Pro Tenkeyless
- RM929.00 MSRP
- Suku ke-3 2022
- Razer DeathStalker V2
- RM799.00 MSRP
- Suku ke-3 2022
Untuk segala liputan kami tentang produk Razer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post