Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer berjaya menyelamatkan 1 juta pokok hasil kempen #GoGreenWithRazer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 21, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Razer berjaya menyelamatkan 1 juta pokok hasil kempen #GoGreenWithRazer
Share on FacebookShare on Twitter

Razer telah berjaya melindungi 1 juta pokok hasil kolaborasi #GoGreenWithRazer bersama organisasi bukan untung alam sekitar, Conservation International. Untuk meraikan pencapain in, Razer telah mengeluarkan hoodie Sneki Snek dan mengumumkan  sasaran baru yang lebih bercita-cita tinggi iaitu menyelamatkan 10 juta pokok.

Thanks to you, we have saved 1 million trees as part of our #GoGreenwithRazer campaign! We are however, just getting started as we’ve renewed our efforts with @ConservationOrg – our next BIG goal is to save 10 million trees! pic.twitter.com/8PADpNQzXF

— R Λ Z Ξ R @ CES2025 (@Razer) March 18, 2022

Kerjasama antara Razer dan Conservation International adalah sebahagian daripada pelan kemampanan berdurasi 10 tahun, #GoGreenWithRazer, yang bertujuan untuk memelihara alam semula jadi dan melindungi  alam sekitar. Bersama komuniti Razer, organisasi tersebut telah membantu melindungi sekitar  4,000 ekar hutan.

Kempen ini menggunakan Sneki Snek sebagai maskot Razer untuk mengumpulkan komuniti supaya sama-sama menyelamatkan pokok. Bagi setiap barangan Sneki Snek yang dijual, Razer telah mendermakan sebahagian daripada keuntungan untuk menyokong usaha Conservation International melindungi hutan di seluruh dunia.

Kini, Razer telah menetapkan sasaran yang lebih tinggi iaitu menyelamatkan 10  juta pokok dan akan terus bekerjasama dengan Conservation International untuk merealisasikan matlamat tersebut. Selain itu, untuk setiap 250,000 pokok yang diselamatkan, Razer akan mengeluarkan barangan baharu dan mendermakan sebahagian daripada hasil untuk membantu Conservation International melindungi hutan.

Matlamat baru ini termasuk menyelamatkan hampir 40,000 ekar hutan dan spesies terancam yang bergantung pada ekosistem untuk terus hidup.

Pada tahun lepas, Razer mengeluarkan siri  kartun Sneki Snek untuk mengajar komuniti tentang cabaran alam sekitar yang mengancam planet kita dan  apa yang kita boleh lakukan untuk membantu. Episod pertama musim pertama adalah tentang “Penebangan Hutan”.

Untuk belajar lebih lagi tentang #GoGreenWithRazer, korang boleh klik di SINI. Untuk sama-sama bantu Razer dan Conservation International melindungi pokok, korang boleh klik di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GoGreenWithRazerrazerSneki Snek
Previous Post

Tekken: Bloodline, Siri anime Netflix akan sertai barisan anime 2022!

Next Post

Gran Turismo 7 kena review bom oleh pemain di Metacritic!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gran Turismo 7 kena review bom oleh pemain di Metacritic!

Gran Turismo 7 kena review bom oleh pemain di Metacritic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd