Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RASMI! Final Fantasy VII Rebirth akan tiba pada Februari 2024 untuk PS5! Info gameplay tambahan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2023
in Action, Artikel, Berita, PS5, RPG
0 0
0
RASMI! Final Fantasy VII Rebirth akan tiba pada Februari 2024 untuk PS5! Info gameplay tambahan!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama, kita akhirnya dapat berita baik tentang projek remake Final Fantasy VII di acara State of Play hari ini. Khususnya, sekuelnya Final Fantasy VII Rebirth akan dikeluarkan secara rasmi pada 29 Februari 2024 untuk konsol PlayStation 5 (PS5).

Bersama pengumuman ini, Square Enix turut mengeluarkan trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Trailer ini itu pasti akan menggembirakan peminat FFVII yang tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku selepas penamat Final Fantasy VII Remake, ketika Cloud dan syarikat memulakan perjalanan yang membawa mereka ke dunia di luar Midgar demi mencari Sephiroth. Dalam trailer ini, kami dapat melihat ahli parti baharu, kawasan baru untuk diterokai dan beberapa adegan ikonik daripada game original.

Daripada membuat spekulasi, kakitangan utama produksi (yang terdiri daripada Penerbit Yoshinori Kitase, Pengarah Kreatif Tetsuya Nomura, Pengarah Naoki Hamaguchi dan Penyelia Muzik Keiji Kawamori) telah berkongsi lebih banyak maklumat dan butiran gameplay tambahan.

Apa yang baru?

Kredit: Square Enix

Menurut Hamaguchi, dia ingin menyerlahkan gerakan “synergy” baharu daripada battle system. Mekanik baharu ini membenarkan pemain menggunakan arahan dan abiliti “synergy” secara bebas pada bila-bila masa dengan menggunakan gauge charge dalam cara yang sama seperti Limit Breaks. Mereka juga telah menambah skill tree sebagai elemen baharu kepada perkembangan watak. Anda boleh membuka abiliti synergy melalui skill tree ini. Banyak Materia baharu dengan abiliti baharu yang tidak dilihat dalam game pertama juga tersedia, jadi pemain akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk customize dan membina watak mengikut citarasa mereka sendiri.

Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Semua ahli parti asal untuk Final Fantasy VII Rebirth akan kembali semula dalam Rebirth, cuma kita ada penambahan baru. Dalam game sebelum, Red XIII merupakan watak yang mengiringi parti, tetapi kini dia akan menjadi ahli rasmi yang boleh dimainkan bermula di Rebirth.

Pasukan pembangunan mencabar diri mereka untuk memberikan gaya gameplay baharu kepada Red XIII yang sepatutnya berbeza daripada watak lain. Red XIII bukan sahaja mempunyai ATB gauge tetapi juga menggunakan mekanik unik “revenge gauge”. Revenge gauge akan diisi apabila dia menghalang serangan musuh, dan dia boleh menggunakan cas itu untuk menggunakan pelbagai abiliti sebaik sahaja tolok itu diisi.

Kredit: Square Enix

Pada masa yang sama, banyak summon lain akan muncul dalam game, selain daripada summon yang telah didedahkan dalam video sebelum ini.

Peta dunia untuk Rebirth semakin besar dan luas, jadi tidak semua lokasi akan digunakan dalam cerita utama. Malah, dari segi volume, jumlah kandungan sampingan dalam Final Fantasy VII Rebirth adalah hampir dua kali ganda lebih besar daripada kandungan misi utama. Pemain yang ingin menikmati Final Fantasy VII pada tahap yang lebih mendalam boleh menerokai seluruh pelusuk dunia, menemui banyak pengalaman berbeza dan menarik seperti cerita baharu, pertempuran dan mini-game untuk dimainkan. Anda juga boleh kembali ke mana-mana kawasan di dunia walaupun misi di kawasan itu sudah tamat, jadi anda tidak perlu risau tentang perkara atau aktiviti yang belum selesai.

Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Walaupun Final Fantasy VII Rebirth termasuk dalam trilogi tetapi ia adalah permainan kendiri. Oleh itu, pemain tidak dapat memindahkan save file lama (FFVI Remake) ke Rebirth untuk membawa item dan senjata khas. Walau bagaimanapun, Square Enix telah mencipta beberapa bonus khas untuk peminat yang bermain game sebelum.

Akhir sekali, ada adegan di mana Cloud dan Sephiroth sedang bertarung bersama dalam trailer. Sudah dijangkakan tetapi tiada pengesahan, Nomura akhirnya menjelaskan bahawa kita dapat mengawal Sephiroth dalam adegan yang sama seperti yang dilakukan dalam game original.

Kredit: Square Enix

Pssst ekstra: kita akhirnya dapat jumpa Vincent Valentine!

Kredit: Square Enix

Itu antara info baharu yang diumumkan! Sebagai peringatan, Final Fantasy VII Rebirth akan dikeluarkan secara rasmi pada 29 Februari 2024 untuk konsol PlayStation 5.

Baca segala liputan kami tentang francais Final Fantasy di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy VII Rebirthps5
ShareTweetSend
Previous Post

DLC Resident Evil 4 Separate Ways bakal tiba, bersama RE4 VR sebagai DLC percuma!

Next Post

DLC expansion ‘Tales of Arise – Beyond the Dawn’ akan hadir November 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DLC expansion ‘Tales of Arise – Beyond the Dawn’ akan hadir November 2023!

DLC expansion 'Tales of Arise – Beyond the Dawn' akan hadir November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd