OMG! Gods of Three Kingdoms (OMG!三国霸王) merupakan game mobile terbaru strategy-RPG Three Kingdoms yang diterbitkan oleh VNGGames. Game ini telah dilancarkan di Vietnam dan Thailand pada hujung April lalu, serta telah mencapai kejayaan dengan berjuta-juta pemain. Kini, OMG! Gods of Three Kingdoms telah tiba di Malaysia dan Singapura sejak 2 Jun lalu. Pemain boleh memuat turun game ini di peranti iOS serta Android mereka melalui pautan ini, dan menjadi hero mistik untuk mengembara ke dunia Three Kingdoms bersama rakan pasukan lain.
Nama OMG! Gods of Three Kingdoms kini tersebar dengan cepat selepas beberapa hari ianya dilancarkan. Dalam tiga hari pertama ia dilancarkan di Malaysia dan Singapura, game ini telah menerima lebih dari 25 ribu muat turun dengan 20 ribu watak telah dicipta. Reputasi OMG! Gods of Three Kingdoms telah menarik ramai streamer terkenal dari Malaysia dan Singapura seperti XiiaoCong, Sky Wee, Xiaoting Miaomiao, FanCFreakz dan Dennislimming dari Game Ming. Video mereka bukan sahaja mempromosikan OMG! Gods of Three Kingdoms kepada orang ramai, malah mereka turut memberikan pemahaman kepada pemain untuk menyertai game ini.
Apa yang membuatkan OMG! Gods of Three Kingdoms menjadi terkenal dan menarik ramai pemain? Game ini memberikan cabaran kepada pemain melalui gabungan unik kombat RPG serta mekanisme auto-battle-nya. Mereka perlu membina sebuah pasukan dari hero terkenal Three Kingdoms seperti Guan Yu, Lu Bu, Zhao Yun dan menyusunnya dalam formasi 3×3 berdasarkan kemahiran unik serta playstyle setiap hero.
Antara ciri yang paling menarik dalam OMG! Gods of Three Kingdoms adalah pemain boleh menukar hero-hero mereka tanpa had dari berbeza negara, dan ianya boleh dilakukan secara percuma sahaja. Jangan lupa juga, yang semua pemain baru akan mendapat 50 cabutan secara percuma di gacha machine sebaik sahaja mencapai ke level 6, bagi memastikan mereka mendapat peluang yang baik untuk bermula dengan hero diingini. Malah, pemain turut boleh mengutip sumber, mencari harta karun bernilai dan mendapat pelbagai item berguna secara percuma.
Juga pada 2 Jun yang lalu, Gods of Three Kingdoms telah mengumumkan bahawa Christopher Lee dan Fann Wong menjadi duta kepada game ini. Seperti yang kita tahu, mereka berdua merupakan pasangan pelakon terkenal dari Singapura dan sangat dikenali di seluruh Asia melalui watak mereka di filem hebat seperti The Return of the Condor Heroes (1998), The Legendary Swordsman (2000), Madam White Snake (2001), Moon Fairy (2003) dan lain-lain lagi.
Fann Wong merupakan pelakon wanita terbaik Singapura, manakala suaminya, Christopher Lee pula pelakon terkenal dari Malaysia. Walaupun mereka telah berlakon dalam pelbagai genre filem serta memegang berbagai jenis peranan dalam dunia hiburan, namun, mereka tetap terkenal sebagai pasangan dalam drama kuno. Walau bagaimanapun, para peminat sudah lama tidak melihat gandingan mereka dalam drama seperti itu. Jadi, mereka berdua merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai duta kepada OMG! Gods of Three Kingdoms, dan semestinya berita ini telah dimeriahkan dengan sokongan dari pemain.
Selain itu, semasa pelancaran rasmi diadakan, OMG! Gods of Three Kingdoms turut memberikan pelbagai item bernilai melalui kod hadiah untuk membantu pemain merasai pengalaman game lebih senang dan mudah. Anda boleh mendapatkan maklumat kod hadiah yang telah dikemaskini di halaman rasmi, serta Facebook rasmi, dan juga di halaman in-game OMG! Gods of Three Kingdoms.
Kini, anda boleh menyertai dalam dunia OMG! Gods of Three Kingdoms dan memulakan pengembaraan bersama Christopher Lee, Fann Wong serta pemain lain dari pelbagai negara.
Mengenai VNGGames
VNGGames adalah sebuah syarikat penerbitan game terbesar di Vietnam. Syarikat tersebut merupakan unicorn start-up pertama Vietnam, menurut The ASEAN Post. Berbekalkan pengalaman selama 16 tahun di industri game Vietnam, VNGGames ini mengambil langkah serius untuk menakluki arena global, bermula dengan pasaran Asia Tenggara.

@gamersantaimy
Discussion about this post