Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rakaman gameplay Lord Of The Rings: Gollum didedahkan dalam trailer baru

Amir Haziq by Amir Haziq
March 26, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Rakaman gameplay Lord Of The Rings: Gollum didedahkan dalam trailer baru
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun dan penerbit, Dadelic Entertainment baru saja melancarkan trailer baru The Lord of the Rings: Gollum yang terdapat rakaman gameplay-nya semasa Future Games Show. Permainan ini berfokus kepada pelarian Gollum dari Barad-Dur di tanah Mordor, di mana dia dipaksa menjadi hamba oleh tentera Sauron. Sepanjang perjalanannya, dia menyelinap, memanjat, dan menyerang musuh untuk menghindari tentera Sauron dan menahan keadaan mentalnya.

Sejak Lord of the Rings: Gollum diumumkan pada bulan Mac 2019, permainan ini telah menarik minat orang ramai dari kalangan komuniti permainan. Walaupun kurang berita rasmi mengenai permainan sebelum ini, pemain kini telah ditunjukkan mengenai apa yang diharapkan dari produk akhir.

Setelah mengumumkan bahawa Lord of the Rings: Gollum menerima pendedahan gameplay, ramai peminat teruja dengan apa yang akan didatangkan. Daedalic Entertainment menunjukkan trailer permainan yang singkat, tetapi memberi sedikit gambaran tentang apa yang diharapkan pemain dalam permainan tersebut.

Berdasarkan trailer, sebahagian besar permainan berdasarkan stealth. Ianya masuk akal kerana watak Gollum lebih pantas jika dibandingkan dengan protagonis swordsmen yang terdapat dalam permainan Middle-earth: Shadow of Mordor.

Manakala, permainan ini mempunyai reka bentuk level yang mengagumkan serta menunjukkan beberapa cara untuk Gollum melarikan diri dari menara. The Lord of the Rings: Gollum kelihatan siap untuk action-adventure di Middle Earth.

It mustn't see us!
Help… don’t look at us…
The precious is calling!

Wishlist The Lord of the Rings™: Gollum™ on Steam now: https://t.co/xhdxJtVEJi#FutureGamesShow pic.twitter.com/dxeUesFYCG

— The Lord of the Rings: Gollum (@GollumGame) March 25, 2021

Reka bentuk level permainan ini menunjukkan bagaimana pemain boleh mengambil pendekatan berbeza untuk melarikan diri dan mengelak dari musuh. Cahaya dan kegelapan, serta kebisingan, memainkan peranan penting dalam kejayaan pemain. Apa-apa tindakan atau pergerakan yang dilakukan Gollum juga akan menimbulkan kebisingan, jadi pemain harus mengawasi persekitaran dan lokasi di mana musuh sedang melakukan rondaan.

Trailer baru The Lord of the Rings: Gollum tidak memberikan terlalu banyak makluma dan tidak menggambarkan unsur-unsur permainan yang sudah sedia ada. Permainan ini dikatakan dalam rancangan membuat level permainannya sekutu NPC yang tidak linear. Selain beberapa mekanik stealth, tidak ada elemen lain yang ditunjukkan semasa trailer ini. Nasib baiklah, Daedalic Entertainment mempunyai banyak lagi maklumat untuk ditunjukkan kepada peminat dalam beberapa bulan akan datang.

The Lord of the Rings: Gollum sedang dikembangkan untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One, dan Xbox Series X.  Anda boleh membaca liputan lama kami berkaitan permainan ini dengan menekan pautan yang tersedia.

Sumber: GamesRadar

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lord of the Ringsnintendo switchPCPS4ps5The Lord of the Rings: GollumXbox Series X
Previous Post

TOHO Games mengumumkan tiga game mobile Godzilla baru untuk Android dan iOS!

Next Post

Game menentang Zombi Back 4 Blood nampaknya Ditangguhkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game menentang Zombi Back 4 Blood nampaknya Ditangguhkan!

Game menentang Zombi Back 4 Blood nampaknya Ditangguhkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd