Tanpa mengumumkan sebarang berita, AMD telah melancarkan sebuah GPU baharu iaitu Radeon RX 6400 pada harga yang berpatutan.
Mana-mana pemain PC yang tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak akan mengetahui perjuangan membeli kad grafik dalam pasaran buat masa ini. Dengan kekurangan stok dan scalper yang menaikkan harga kedua-dua kad dari AMD dan Nvidia, ramai yang memutuskan untuk tidak menaik taraf kepada GPU generasi terkini dan mengekalkan GPU yang sedia ada.

Kebelakangan ini, keadaan semakin baik kerana sesetengah GPU kini hanya 12% lebih mahal daripada harga pasaran. Dengan perkara tersebut berlaku, AMD sedang berusaha untuk membantu mereka yang tidak mempunyai bajet bagi mendapatkan GPU berharga bawah $1,000 (RM 4313.50).
AMD dengan senyap melancarkan GPU entry level baharu, Radeon RX 6400 untuk yang berharga $159 (RM 685.85) tetapi GPU ini tidak dapat menyokong game terbaharu pada 4K 120fps dan Ray Tracing. Walau bagaimanapun, ia kelihatan seperti GPU yang berpatutan dan baik untuk pemain yang ingin membina entry-level PC.

Untuk bermain game seperti CS:GO, Overwatch dan beberapa tajuk lama yang lain, RX 6400 mungkin akan menjadi GPU yang berprestasi baik. Terdapat isu yang berpotensi seperti bottleneck pada GPU ini, terutama sekali apabila ia dipasang dalam sistem PCIe 2.0 yang lebih lama.
Pada masa sekarang, sesetengah pemain PC percaya bahawa titik harganya adalah terlalu tinggi. Scalper dan miner tidak akan membeli GPU ini kerana mereka menggunakan GPU yang berkuasa tinggi dan membolehkan harga GPU jatuh dengan cepat. Seperti yang dinyatakan, harga GPU lain juga semakin menurun dan ia bermakna mana-mana pemain yang ingin menaik taraf PC mereka, ini adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Saya ingin mengingatkan yang Radeon RX 6400 belum tersedia di Malaysia tetapi terdapat syarikat yang telah mengeluarkan harga seperti ASUS Dual Radeon RX6400 pada harga RM 960 dan Gigabyte Eagle Radeon RX 6400 yang berharga RM 869. Mari kita sama-sama nantikan kedatangan Radeon RX 6400. Untuk mendapatkan liputan yang menarik berkenaan GPU, sila klik pautan ini.
Sumber: lowyat.net
@gamersantaimy
Discussion about this post