NetEase Games bersama Codemasters, pembangun terkenal di sebalik siri F1, telah melancarkan separuh pertama Season 3 untuk Racing Master, game lumba realistik yang semakin popular di Asia Tenggara.
Bermula dari 18 Jun hingga 8 Julai, musim baharu ini memperkenalkan Koenigsegg Agera RS ’15, ciri penciptaan litar tersendiri, serta ganjaran menarik untuk mengajak para pemain berlumba dengan penuh gaya sambil menguji kehebatan mereka.

Dalam acara Auto Expo, tiga kereta ikonik dipertontonkan, masing-masing mewakili gaya perlumbaan yang berbeza. Sorotan utama tentunya Koenigsegg Agera RS ’15, hypercar dari Sweden yang mendefinisikan kelajuan melalui kejuruteraan luar biasa.
Turut diperkenalkan ialah Porsche 911 Carrera S Cabriolet (992) ’19, sebuah kereta convertible mewah yang menggabungkan prestasi dengan elegan, serta Mitsubishi Lancer Evolution III GSR ’95 — kereta rally legenda era 90-an, kini ditawarkan dengan peluang perolehan lebih tinggi.
Pemain boleh mendapatkan ketiga-tiga kereta ini dalam game sebelum 8 Julai.


Antara penambahan paling menarik dalam Racing Master Season 3 ialah Studio Mode, satu ciri yang membolehkan pemain membina litar perlumbaan tersuai.
Sama ada mahu mencipta lompatan gila atau selekoh tajam, pemain kini boleh meluahkan kreativiti mereka dan berkongsi hasil ciptaan dengan komuniti, lantas membuka peluang untuk pengalaman berlumba yang lebih unik dan menyeronokkan.

Koenigsegg Agera RS ’15 turut menjadi bintang dalam Agera Master Series, satu cabaran khas yang menguji kebolehan pemain menakluki litar dengan kelajuan maksimum dan masa pusingan terbaik. Pemain yang berjaya menawan jentera ini bakal menerima ganjaran eksklusif.

Musim ini juga sangat pemurah kerana lebih 110 peluang pull percuma ditawarkan sepanjang separuh pertama. Dengan hanya log masuk setiap hari mulai 18 Jun, pemain akan menerima tiga Limited Pull setiap hari, menjadikan jumlahnya 15 dalam masa lima hari.
Pemain juga boleh mengumpul sehingga 6,500 Diamond menerusi sistem referral, selain memperoleh lebih 7,900 Diamond melalui acara seperti Road to the Fame dan Agera Master Series bagi mempercepatkan perkembangan mereka dalam game.

Sedia untuk memecut ke hadapan? Muat turun Racing Master sekarang di SINI dan sertai perlumbaan menuju ke puncak!
@gamersantaimy
Discussion about this post