Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Puzzle platformer ‘Trine 5: A Clockwork Conspiracy’ akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada Jun-Sep 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2023
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Puzzle platformer ‘Trine 5: A Clockwork Conspiracy’ akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada Jun-Sep 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, THQ Nordic dan Frozenbyte telah mengumumkan game Trine 5: A Clockwork Conspiracy untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam, Epic Games Store, GOG) yang bakal keluar pada musim panas ini (lebih kurang bulan Jun hingga September 2023).

Trine 5: A Clockwork Conspiracy akan membawa Amadeus the Wizard, Zoya the Thief dan Pontius the Knight dalam perjalanan yang penuh aksi! Dengan reputasi mereka yang tercalar, orang tersayang dalam bahaya, dan kuasa ajaib sendiri terancam, wira Trine mesti bersatu semula untuk menewaskan tentera Clockwork yang jahat dan membawa keamanan dan keadilan kepada negara! – Sinopsis

Secara ringkas, Trine 5 adalah game pengembaraan 2.5D dengan aksi platformer teka-teki. Dalam entri ke-5, pemain akan menerokai landskap 2.5D berwarna-warni dan terperinci serta berjumpa dengan pelbagai watak baharu – sesetengah kawan, sesetengah musuh. Untuk membuat gameplay menarik menarik, sistem pertempuran baharu juga dilaksanakan dengan sejumlah pertarungan bos.

Untuk tewaskan musuh-musuh ini, pemain harus meningkatkan kekuatan hero menggunakan sistem ‘Skill Quest’, yang menambah variasi dan kepelbagaian kepada playstyle watak berbanding game sebelum.

Satu lagi berita baik adalah korang tidak perlu bermain game ini seorang diri! Berganding bahu bersama dengan (sehingga) tiga rakan secara online dan local co-op play untuk menyelamatkan dunia di mana tahap kesukaran teka-teki akan meningkat mengikut jumlah pemain demi memastikan gameplay sentiasa rasa menarik. Hadapi cabaran ini bersama dan

Bagi mereka yang tidak tahu, Trine asalnya dikeluarkan untuk Microsoft Windows pada tahun 2009, dan sejak itu dibawa ke Linux, OS X dan konsol gaming. Berlangsung dalam dunia fantasi zaman pertengahan, ia menjadi popular dengan cepat sehingga mengeluarkan sekuel bertajuk Trine 2 pada 2011. Entri ketiga Trine 3: The Artifacts of Power dikeluarkan pada 2015, diikuti oleh Trine 4: The Nightmare Prince, pada 2019.


Trine 5: A Clockwork Conspiracy akan keluar di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam, Epic Games Store, GOG) pada sekitar Jun hingga September 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: THQ NordicTrine 5: A Clockwork Conspiracy
ShareTweetSend
Previous Post

iQOO Z7 & iQOO Z7x lahir untuk gaming – Cas 9 minit untuk bekal 3 jam tenaga!

Next Post

Naruto: Apakah punca setiap Perang Dunia Shinobi? Penjelasan penuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Naruto: Apakah punca setiap Perang Dunia Shinobi? Penjelasan penuh!

Naruto: Apakah punca setiap Perang Dunia Shinobi? Penjelasan penuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd