Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Puss in Boots: The Last Wish Review — Dalam Misi Mencari Nyawa Tambahan

Maira by Maira
December 27, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Puss in Boots: The Last Wish Review — Dalam Misi Mencari Nyawa Tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda pernah menonton Shrek, sudah pasti anda akan berjumpa Puss in Boots, si kucing comel yang telah menarik perhatian ramai. Puss telah kembali dengan filem terbarunya “Puss in Boots: The Last Wish.” Mesti ada antara anda yang masih tidak lagi menontonnya, jadi kami akan letakkan spoiler pada plotnya. Jadi tanpa membuang masa ini review kami untuk filem Puss in Boots: The Last Wish.

Plot

AMARAN! ADA SPOILER FILEM PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH!!

Rasanya kita semua tahu mengenai mitos di mana kucing mempunyai 9 nyawa. Filem ini membawa kita kepada Puss yang kini mempunyai satu sahaja lagi nyawa. Melihat dia sering menggadaikan nyawanya dengan begitu mudah, dewa maut sendiri ingin mengambil nyawa Puss tanpa menunggunya mati. Pada mulanya Puss berlagak bahawa dia boleh melawannya malang sekali dia tidak mampu. Lalu, dia melarikan diri dan bersara untuk bersembunyi daripada kematian.

Kehidupan Puss yang kini seperti kucing jalanan berubah apabila dia bertemu dengan Perrito, seekor anjing Chihuahua yang menyamar menjadi kucing di sebuah rumah jagaan kucing. Tiba-tiba Goldilocks dan beruangnya pecah masuk untuk mencari Puss kerana ingin mengumpahnya untuk mencari peta Wishing Star. Peta itu dikatakan boleh membawa seseorang ke Wishing Star di sebuah hutan dan ia boleh menunaikan segala hajat.

Puss yang mendengar perbualan itu telah memutuskan untuk mencuri peta itu untuk dirinya sendiri dan ingin meminta supaya nyawanya ditambah. Dia telah berjumpa dengan Kitty Softpaws semasa perjalanannya. Rupa-rupanya dia juga ingin mencuri peta tersebut, yang kini berada di tangan Little Jack Horner. Kini, terdapat empat individu yang inginkan peta tersebut: Puss, Kitty, Goldilocks dan Jack.

Untuk keseluruhan plotnya, kami suka dengan penulisan ceritanya yang baik. Anda akan melihat setiap perspektif watak yang berbeza dengan cabaran tersendiri. Dicampur pula dengan jenakanya, filem ini memang akan membuatkan anda layannya dengan santai.

Persembahan filem

Gaya seni yang digunakan dalam filem ini kelihatan hampir sama dengan filem Spiderverse, di mana ia seperti 3D tetapi mempunyai tekstur seperti lukisan tangan. Ia tidak kelihatan aneh malah memberikan persembahan animasi yang unik kepada filem. Lebih-lebih lagi dengan warna palette filem yang cerah.

Dari segi aksi, ia kelihatan agak hebat dan seperti melihat filem Mission Impossible. Pelakon suara juga melakukan kerja yang hebat dengan watak masing-masing. Kami sangat suka bagaimana Puss dan Kitty mempunyai dialek Sepanyol mereka. Kadang-kadang ada juga perkataan sepanyol yang keluar tetapi malang sekali tiada sari kata untuk perkataan tersebut.

Memandangkan ia merupakan dunia yang sama seperti Shrek, sudah tentu kita akan berjumpa dengan watak-watak lain daripada cerita-cerita dongeng. Sebagai contoh Goldilocks bersama-sama tiga beruang yang akhirnya menjadi keluarganya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Puss in Boots: The Last Wish merupakan sebuah filem seronok yang sesuai untuk ditonton bersama-sama keluarga. Walaupun ia sebuah filem sekuel, anda tidak perlu pun untuk menonton filem pertama untuk memahami filem ini. Melainkan anda ingin mengenali Kitty dengan lebih baik, bolehlah tonton dahulu filem pertama sebelum melihat The Last Wish.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Puss in Boots: The Last Wish

8 Score

PROS

  • Art style yang bagus
  • Adegan aksi yang hebat

CONS

  • Penamat yang boleh diramal

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Puss in BootsPuss In Boots: The Last Wish
Previous Post

One Piece akhirnya dedah watak terkuat dalam siri, Luffy kalahkan Lucci! [SPOILER]

Next Post

Dapatkan Adaptasi Novel Ringan “Suzume” Sekarang! Tersedia Secara Online Serta Kedai Buku Terpilih!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dapatkan Adaptasi Novel Ringan “Suzume” Sekarang! Tersedia Secara Online Serta Kedai Buku Terpilih!

Dapatkan Adaptasi Novel Ringan "Suzume" Sekarang! Tersedia Secara Online Serta Kedai Buku Terpilih!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd