Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Kenapa Licita tinggalkan Asta?

safwan by safwan
April 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover – Kenapa Licita tinggalkan Asta?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam story arc terkini Black Clover, peminat mendapat kejutan demi kejutan dengan Asta menjadi tumpuan utama ketika dia melawan Lucifero. Pada saat ini, Asta dan Liebe hanya tinggal 5 saat untuk mengalahkan Lucifero dengan menggunakan Devil union.

AMARAN: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 328: “Always”

Semasa sedang berlawan, kita dapat lihat “flashback” dari Liebe. Flashback itu menunjukan yang Liebe sedang berbual dengan Licita tentang anaknya iaitu Asta. Jadi di sini kami ingin menceritakan kenapa Licita meninggalkan Asta di Gereja Hage.

Pada awal perbualan, Licita mengaku yang dia mempunyai seorang anak yang mungkin sebaya dengan Liebe dan dia bersyukur yang Asta lahir dengan sihat. Licita turut berkata jika dia tinggal bersama Asta, dia boleh menyebabkan Asta mati dengan kuasanya yang boleh menyerap nyawa manusia secara automatik.

Jadi dia membuat keputusan untuk tinggalkan Asta. Leibe yang ketika itu masih kecil mendengar cerita ini sehingga tidak mampu mengeluarkan sebarang perkataan dari mulutnya dan hanya mampu menunjukkan reaksi mukanya yang agak terkejut dan sedih.

Dalam bab ini juga, kita dapat lihat yang Licita berkata walaupun dia tidak akan berada di sisi dan tidak dapat memegang serta tidak akan berjumpa dengan anaknya tetapi dengan reaksi mukanya yang sedih, dia mengucapkan yang dia akan cintakan anaknya, Asta sampai bila-bila.

Menurut perbualan di bab 328, ini mungkin menyebabkan Asta tidak mempunyai kuasa magik. Dengan adanya Flashback dari Liebe, ini menyebabkan hubungan Asta dan Liebe menjadi lebih kuat untuk melawan Lucifero walaupun Asta tidak tahu yang Licita itu ibunya. Perkara ini berlaku sehingga Lucifero mengecam muka Licita bersama dengan Asta semasa berlawan.

Kepada yang tidak tahu tentang ibu Asta iaitu Licita, dia mempunyai kuasa yang boleh menyedut kuasa magic dan nyawa daripada manusia ataupun makhluk berdekatan dengan dia.

Contoh yang boleh kita lihat adalah pada bab 268, di mana kita boleh lihat kuasa Licita yang menyedut nyawa ular yang berada dalam rumahnya. Dia juga mempunyai kuasa yang boleh menyimpan objek yang mempunyai sedikit mana dengan menyimpannya di dalam botol dan tidak merisaukan tentang berat, saiz dan bentuk.

Apa pendapat korang tentang bab baharu Black Clover ini? Boleh tinggalkan pendapat korang di ruang komen. Jika korang nak baca tentang munculnya ibu Asta iaitu Licita, korang boleh rujuk artikel itu disini.

Sumber: Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Clover
Previous Post

10 Pertarungan anime shonen paling panjang mengikut jumlah episod!

Next Post

[Review] Edge of Eternity (PS4) – Misi mencari penawar untuk dunia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Edge of Eternity (PS4) – Misi mencari penawar untuk dunia!

[Review] Edge of Eternity (PS4) - Misi mencari penawar untuk dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd