Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG PC menambah mode battle royale fantasi! Siap ada wizard & barbarian lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 2, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
PUBG PC menambah mode battle royale fantasi! Siap ada wizard & barbarian lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari April Fools, banyak syarikat permainan memilih untuk membuat “prank” yang kejam pada peminat. Mula-mula, mereka akan mengisi harapan peminat dengan sesebuah pengumuman menarik tetapi pada penghujungnya, rupa-rupanya palsu. Sesetengah syarikat lain seperti PUBG Corp pula memutuskan untuk bergurau senda bersama peminat secara lebih ringan. Di sini, PUBG Corp ingin menghiburkan gamers dengan acara istimewa terhad.

Dunia PlayerUnknown Battlegrounds kini dipenuhi dengan beberapa watak ganjil seperti Wizard dan Barbarian yang tersedia untuk tempoh masa yang terhad dalam mod bernama “Fantasy Battle Royale.” Ia hanya boleh didapati selama seminggu, dan merupakan sebuah pengalaman lawak yang amat sesuai dengan formula battle royale PUBG.

Mod Fantasy Battle Royale diperkenalkan pada minggu ini dan kini boleh didapati di PUBG sehingga 7 April. Dalam mod permainan tersebut, pemain bertarung di Erangel, peta asal PUBG yang kini dikenali sebagai “Dragon’s Isle“. Dalam setiap perlawanan, anda bermain dalam pasukan yang terdiri daripada empat orang dengan 80 pemain lain dan boleh menggunakan setiap kelas yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Terdapat empat kelas iaitu Barbarian, Ranger, Wizard, dan Paladin. Ada watak boleh menyembuhkan rakan sepasukan, ada watak hanya ingin membunuh orang, jadi ia amat menarik untuk melihat jenis meta yang berkembang di medan perang fantasi ini. Pemain boleh mencari loot unik di sekitar peta untuk memperolehi gear hebat dan meningkatkan tahap kuasa mereka. PUBG Fantasy Battle Royale kini boleh dimainkan sehingga 7 April.

Maklumat lanjut di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fantasy battle royalePCPlayerUnknown BattlegroundspubgTerhad
Previous Post

Cara-cara mudah untuk tebus INTERNET PERCUMA anda semasa PKP! Jangan mensia-siakan peluang!

Next Post

Omedamon ialah gabungan kolaborasi antara Digimon x Medabots!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Omedamon ialah gabungan kolaborasi antara Digimon x Medabots!

Omedamon ialah gabungan kolaborasi antara Digimon x Medabots!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd