Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile vs. PUBG New State: Jom lihat perbezaannya buat masa kini

Ramai tertanya-tanya apa bezanya kan? Ini antara info terkini untuk korang

Nyny.A by Nyny.A
March 1, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, iOS, Mobile, Panduan
0 0
0
PUBG Mobile vs. PUBG New State: Jom lihat perbezaannya buat masa kini
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG: New State adalah tajuk mudah alih baru dari pencipta asal PlayerUnknown’s Battlegrounds di PC, akan segera hadir ke platform Android dan iOS. Sejak pelancaran teaser pra-pendaftarannya, ramai pemain PUBG Mobile yang tertanya sama ada permainan ini sebenarnya adalah kemaskini atau pun DLC permainan.

Tetapi yang sebenarnya ia adalah sebuah permainan baru yang lebih nampak seperti sebuah sekuel permainan yang sebelum ini digembar gembur namanya adalah PUBG Mobile 2. Ramai yang agak teruja dengan kehadirannya tetapi dalam masa yang sama, ramai yang menyangkakan sama ada Hype nya akan bertahan kekal seperti PUBG Mobile atau hanya sementara seperti Call of Duty Mobile, Garena Free Fire, Fortnite dan Rules of Survival. Walau bagaimana pun, kini permainan Battle Royale sememangnya menjadi kegemaran pemain global. Maka kali ini, kami ingin kongsikan permainan dari Krafton ini sendiri dalam perbandingannya dengan PUBG Mobile dari PUBG Corporation, KRAFTON dan Tencent Games sendiri.

Berikut adalah perbezaan antara PUBG Mobile dan PUBG New State.

PUBG New State vs PUBG Mobile: Peta dan Zon 

Seperti yang kita tahu, dalam PUBG Mobile, kesemua 4 peta yang tersedia (Erangle, Sanhok, Miramar, Vikendi) dan 1 peta yang akan datang (Karakin) adalah dari pemain asalnya PUBG PC/Konsol dan peta tersendiri PUBG Mobile adalah Livik.

PUBG New State pula akan mengikuti formula battle royale yang sama dengan PUBG yang asli tetapi dengan pendekatan yang lebih realistik atau dikatakan lebih ‘futuristik‘. Permainan akan ditetapkan pada tahun 2051, sehingga pemain dapat merasai sendiri teknologi futuristik. Peta baru ini dilaporkan bernama ‘Troi‘ dan dikatakan berukuran 8x8km, sama dengan Erangel dan Miramar. Tetapi peta tersebut akan menawarkan lokasi dalaman yang besar seperti pusat membeli-belah.

Selain itu, zon biru dikatakan akan mengecil lebih laju yang akan memaksa pemain lebih gegas mencari senjata, kenderaan, barangan untuk berperang dengan pemain lain. Turut akan terdapat ayat “Lone Survivor” dalam permainan dan bukannya “Winner Winner Chicken Dinner” kepada pasukan atau pemain solo yang berjaya hingga akhir perlawanan.

PUBG New State vs PUBG Mobile: Senjata

Dalam PUBG Mobile sememangnya senjata yang hadir kebanyakkannya mengikuti ciri asal senjata realiti. Senjata sepertinya bervariasi seperti biasa dengan sejumlah senjata yang dapat dilihat dalam trailer PUBG New State. Ini termasuk SMG, assault rifles dan sniper rifles. Trailer itu juga memberikan gambaran sekilas mengenai paparan holografik futuristik dan bom tangan.

Penyenaraian permainan di Google Play Store adalah: “Gunplay Realistik dan Dinamik. Nikmati permainan senjata realistik yang dioptimumkan untuk permainan mudah alih. Kuasai senjata yang berbeza dan jadikan masing-masing sebagai milik anda dengan penyesuaian senjata ”.

Hurmm… rasa tidak sabar pula nak mencuba, macam COD Mobile punya senjata pun ada gak ni!

PUBG New State vs PUBG Mobile: Perincian

Satu ciri penting dalam trailer ialah ketika pemain memasang perisai kecil di PUBG New State. Ia serupa dengan apa yang dilakukan oleh Defender dalam COD Mobile. Masih tidak diketahui apakah ini adalah peralatan yang akan dilengkapi atau boleh diambil oleh pemain ketika looting.

Selain itu, ‘gloo wall’ sesuatu yang sinonim dengan Free Fire, juga dilihat dalam trailer. Gloo wall adalah dinding bergerak yang boleh ditanam di mana sahaja.

Tambahan terbesar adalah drone, kenderaan baru yang lebih futuristik dalam permainan yang akan menyegarkan permainan untuk pemain yang perlu bertahan lebih lama dalam permainan. Oleh kerana perkara-perkara baru ini, mod battle royale popular ini akan melihat perubahan yang ketara dalam permainan.

Pra-pendaftaran PUBG: New State bermula

Jadi itu antara perbezaan sementara yang kita dapat lihat dalam trailer yang dikongsikan minggu lalu. Pendaftaran untuk PUBG: New State telah dimulakan untuk pengguna Android di Google Play store. Pengguna iOS perlu menunggu lebih lama sebelum melihat tajuk PUBG baru ini hadir di App Store.

Muat turun di sini
PUBG: NEW STATE
Publisher: KRAFTON
Release Date TBC
Android, iOS
Battle Royale yang asli! Singgah ke PUBG: NEW STATE, tajuk terbaru oleh PUBG Studio, pencipta PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS. Dengan menggunakan pelbagai senjata dan taktik, 100 orang yang selamat akan berhadapan sehingga hanya satu pemain atau pasukan yang masih bertahan. Dengan Zon Biru yang semakin mengecil, pemain mesti mencari senjata, kenderaan, dan bahan habis pakai untuk mendapatkan keuntungan. Hanya yang terkuat akan muncul sebagai "" Lone Survivor "" dalam pertunjukan epik ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KRAFTONPlayerUnknown's Battlegroundspubg mobilePUBG: New StatePUBG: New State vs PUBG Mobile
Previous Post

Filem Evangelion 3.0+1.0 akan membuka tayangan pada awal Mac 2021 di Jepun!

Next Post

Apex Legends memecahkan rekod baru di Steam selepas pelancaran Season 8!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Apex Legends memecahkan rekod baru di Steam selepas pelancaran Season 8!

Apex Legends memecahkan rekod baru di Steam selepas pelancaran Season 8!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd