Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile Update 0.15.0 menambah Tong Minyak Meletup, BRDM-2, & Deagle!

Pasti ramai yang tidak sabar kan?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG Mobile Update 0.15.0 menambah Tong Minyak Meletup, BRDM-2, & Deagle!
Share on FacebookShare on Twitter

Update ini dilengkapi dengan mode Payload baru (tersedia selepas update berjalan secara langsung) dan Survive Till Dawn yang dikemas kini – mode Halloween. The Darkest Night juga akan offline untuk perubahan lanjut. Penambahan lain termasuk watak-watak kini boleh Ledge Grab untuk mencapai tempat yang tidak dapat diakses sebelum ini; kenderaan baru seperti BRDM-2 dan helikopter telah ditambah untuk membuat perjalanan lebih mudah; tong minyak yang boleh meletup kini dalam permainan untuk dijadikan perangkap.

We aren't dressing things up, Update 0.15.0 is going to be huge! Happy Halloweeks is coming October 16! pic.twitter.com/CLTmfwmkdJ

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) October 13, 2019

Bagi senjata, M16A4, Vector, UMP45 dan MK47 Mutant semuanya telah diubah. Desert Eagle yang terkenal juga diperkenalkan. Prestasi juga telah dipertingkatkan: sekarang ia berjalan lebih lancar tetapi kurang menggunakan kuasa. Oleh itu, berkemungkinan peranti anda menjadi panas lebih rendah; paparan senjata dan pakaian telah dipertingkatkan; kawalan sentuhan telah ditambah baik untuk mengurangkan kesilapan dalam pergerakan selepas membuka skop; bilik dan sistem inventori juga telah bertambah baik, dan satu lagi perkara – Grafiti kini boleh didapati!

Apa yang BARU?

  • Mode Payload (akan datang)
    • Datang dengan senjata berat baru, sistem recall, helikopter, Vehicle Repair Pack dan Super Weapon Crate! Air Strike juga boleh didapati!
  • Teammate Recall
    • Kutip kad ID rakan pasukan yang mati dan pulihkan mereka di Communication Tower!
  • Senjata Mode Payload
    • RPG-7
    • M3E1-A
    • M79 Grenade Launcher
    • MGL Grenade Launcher
    • M134 Minigun
  • Aircraft: Helikopter
    • Cari helikopter dan pandu masuk pertempuran!
  • Super Weapon Crate
    • Muncul pada tempoh tertentu dan aktif selepas 3 minit. Mengandungi senjata air drop, perisai lv. 3, senjata Mode Payload, dan banyak lagi!
  • Vehicle Repair Pack
    • Memperbaiki kerosakan kenderaan dan tayar.
  • Air Strike Beacon
    • Memanggil air strike.

Survive Till Dawn

  • Skybox, warna dan latar belakang yang diubahsuai. Raksasa mempunyai tema “Halloween”.
  • Menambah puak manusia yang bermusuhan di kilang-kilang dan kubu-kubu terbengkalai. Kalahkan mereka untuk mendapatkan ganjaran yang lebih baik.
  • Membunuh zombi memberikan peralatan bio-warfare khas yang berkesan terhadap zombi dan pemain lain.

Feature Baru:

  • Ledge Grab

  • Panjat antara bangunan dan kontena untuk sampai ke tempat-tempat yang tidak dapat diakses sebelumnya.
  • Tekan butang lompat, kemudian tekan sekali lagi pada masa yang tepat di tengah udara.
  • Tong Minyak

  • Apabila terkena peluru atau bom, tong minyak akan meletup dan mencederakan pemain berdekatan. Boleh didapati di semua peta.

Senjata dan Kenderaan Baru

  • Desert Eagle (semua peta)

  • Damage dan muzzle velocity tertinggi antara semua pistol.
  • Lakukan 62 damage. Boleh digunakan dengan Mira Red Dot, Holographic Sight, magazine dan Laser Sight.
  •  Menggunakan peluru ACP .45. Senjata memuatkan 7 butir peluru (boleh ditingkatkan hingga 10).
  • BRDM-2 (semua peta)

  • Berdaya tahan dan mampu merentasi air. Dilengkapi dengan tayar kalis peluru.
  • Mengurangkan kerosakan yang diambil.
  • Hanya boleh dipanggil dengan Flare Gun. Menggantikan UAZ.
  • Graffiti
    • Boleh meninggalkan grafiti pada mana-mana objek di medan perang.
    • Sehingga 4 jenis boleh dibawa ke pertempuran. Tukar graffiti dalam menu inventori.
  • Menambah slot untuk gear mata
    • Cermin mata dan topeng muka tidak akan berkongsi slot yang sama. Topeng yang tidak menutup mata dapat dilengkapi dengan sepasang cermin mata.

Senjata yang Dikemaskini

  • M16A4
    • Mengurangkan recoil awal dalam burst mode.
    • Penembakan jarak jauh yang lebih baik dengan mengurangkan damage fall-off.
    • Boleh dilengkapi dengan tactical stock.
  • Vector
    • Mengurangkan damage asas dari 34 kepada 31.
    • Menggunakan peluru 9mm. Kapasiti magazine asas berubah dari 13/25 kepada19/33.
  • UMP45
    • Dinamakan semula kepada UMP45. Menggunakan peluru 0.45ACP.
    • Kapasiti magazine asas berubah dari 30/40 kepada 25/35. Initial bullet speed dikurangkan.
    • Bunyi menembak yang diubahsuai.
  • MK47Mutant
    • Boleh dilengkapi dengan tactical stock.
  •  Konsolidasi Attachment
    • Gabungkan attachment pistol dan SMG.
    • Gabungkan Bullets Loops untuk shotgun, Win94 dan Kar98k ke dalam satu attachment.
    • Pistol boleh menggunakan Holographic Sight.

Are you ready for the Halloweeks Party? You're going to need a costume! Log in now and accept your party invitation, and enjoy the temporary Psycopath Set and Phantom – QBZ Finish. pic.twitter.com/OAdLpkGqc9

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) October 14, 2019

Kandungan Baru Lain

  • menambah FPP Training Ground
  • menambah Rookie Missions
  • menambah Partner rewards
  • menambah tab untuk mesej daripada pemain
  • menambah animasi pemberian hadiah
  • menambah kemasan bom tangan
  • menambah item payung terjun dan gliding
  • menambah close-up view apabila mencuba pakaian di Shop
  • menambah voucher
  • menambah achievements
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 0.15.0BRDM-2Desert EaglehalloweenPayloadpubg mobileTong MinyakUpdate
Previous Post

KANTOI! Tarikh pelancaran Diablo Immortal akhirnya didedahkan!

Next Post

Peminat The King of Fighters ALLSTAR, Iori, Yuri dan ramai lagi bakal menggegarkan Mobile anda 22 Oktober ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Peminat The King of Fighters ALLSTAR, Iori, Yuri dan ramai lagi bakal menggegarkan Mobile anda 22 Oktober ini!

Peminat The King of Fighters ALLSTAR, Iori, Yuri dan ramai lagi bakal menggegarkan Mobile anda 22 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd