Diumumkan oleh Tencent, PUBG Mobile bakal menerima map baharu yang dipanggil Nusa dan akan ditambah pada update seterusnya pada bulan September ini. Dengan penambahan ini, PUBG Mobile akan mempunyai 7 map secara keseluruhan termasuk Livik, Miramar, Erangel, Vikendi, Karakin dan Sanhok.

Nusa adalah map paling kecil pernah diperkenalkan dalam game PUBG Mobile kerana ia hanya bersaiz 1x1km dan hanya terhad kepada 32 pemain sahaja. Jika nak dibandingkan dengan map yang lain Livik dan Karakin adalah dua kali ganda besar daripada Nusa.
Tidak seperti Miramar yang menampilkan padang pasir, Nusa akan menampilkan pelbagai reka bentuk yang pelbagai termasuk tebing bergerigi, padang subur dan ada juga kawasan yang tinggi bagi pemain gunakannya dengan strategik. Untuk menjadikan map ini lebih unik, ia didatangkan dengan pelbagai ciri yang mungkin tidak ada pada map lain. Berikut adalah ciri uniknya:

- Lifts or Elevators: Nusa akan menampilkan lift yang berfungsi di bangunan tinggi. Pemain boleh menggunakan lif ini untuk menjejakkan kaki mereka di mana-mana tingkat yang mereka mahu, sama seperti lift standard.
- Auto Recall: Peta akan menampilkan ciri auto recall, memberikan pemain peluang sekali lagi dalam perlawanan mereka. Lima belas saat selepas kematian mereka, pemain akan dibawa balik secara automatik jika salah seorang rakan sepasukannya masih hidup.
- Zipline: Nusa akan menampilkan rangkaian zipline yang boleh digunakan untuk perjalanan jarak jauh dengan cepat. Pemain tidak boleh menggunakan senjata mereka semasa menggunakan zipline.
- Unique Pools: Nusa akan menampilkan kolam yang serupa dengan Kolam Air Panas pada map Livik. Pemain boleh berendam dalam kolam ini untuk memberi tenaga dan mengisi bar boost mereka dengan sewajarnya.
- Loot Crates: Sama seperti peta Livik, Nusa akan menampilkan loot crate secara rawak di seluruh map.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa map Nusa ini bakal dilancarkan pada update PUBG Mobile seterusnya dalam bulan September ini. Ia hanya dapat memuatkan seramai 32 pemain sahaja, tidak kira sama ada bermain secara solo, duo ataupun skuad. Tambah pula dengan ciri-ciri unik yang ada pada map tersebut, memang ramai yang tak sabar untuk mencubanya nanti.
Untuk lebih banyak berita mengenai PUBG Mobile, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post