PUBG MOBILE, salah satu game mobile paling popular di dunia, mengumumkan kerjasama dengan TEKKEN 8, entri terbaru dalam siri fighting game legenda.
Bermula hari ini sehingga 31 Oktober, kolaborasi ini memperkenalkan acara hadiah bertema yang menggabungkan dunia PUBG MOBILE yang sengit dengan pertarungan ikonik dari TEKKEN 8, membawa tahap keseronokan baru ke medan pertempuran.
Pemain PUBG MOBILE boleh menantikan untuk mendapatkan set watak kegemaran daripada TEKKEN melalui Prize Path, termasuk Jin Kazama, Kazuya Mishima, dan Nina Williams. Set watak ini membolehkan pemain merasai pengalaman sebagai pahlawan legenda ini semasa bertempur untuk kemenangan.
Kerjasama ini juga memperkenalkan pelbagai Emote baharu, termasuk TEKKEN 8 Collaboration Entry Emote dan Victory Results Emote, sesuai untuk meraikan kemenangan dengan penuh gaya, serta skin senjata PP-19 Bizon bertema Jin Kazama yang direka khas untuk pemain yang ingin tampil menyerlah.

Sepanjang kolaborasi ini, pemain juga boleh mengumpulkan pelbagai item bertema TEKKEN 8 melalui Prize Path, seperti grafiti kolaborasi, space gift (termasuk edisi khas Jin vs Kazuya), avatar, dan bingkai avatar. Semua ini adalah cara yang sempurna untuk pemain menunjukkan kecintaan mereka terhadap PUBG MOBILE dan TEKKEN 8.
Kolaborasi PUBG MOBILE x TEKKEN 8 tersedia mulai hari ini sehingga 31 Oktober 2024. Muat turun dan mainkan game ini secara percuma di App Store dan Google Play Store untuk mencuba kandungan baharu.

@gamersantaimy
Discussion about this post