Game battle royale popular, PUBG Mobile oleh Tencent, telah berjaya memperoleh untung sepanjang hayat sebanyak RM 26 bilion di seluruh dunia melalui perbelanjaan pemain di App Store dan Google Play setakat Julai 2022.
Menurut data AppMagic, PUBG Mobile telah mengumpul hasil sebanyak USD $5.9 bilion (anggaran RM 26 bilion). China menduduki tempat pertama sebagai negara yang paling banyak menyumbang di mana varian Game For Peace (PUBG Mobile versi China) telah meraih USD $3.7 bilion (anggaran RM 16 bilion).


Di luar negara China, Amerika Syarikat menduduki tempat ke-2 untuk perbelanjaan pemain terbanyak dengan USD $714 juta, manakala Arab Saudi dengan USD $199 juta melengkapkan senarai tiga negara teratas. Seperti yang anda semua baca daripada tajuk, Malaysia merupakan negara ke-6 dengan sumbangan paling banyak. Jadi apakah data kita?

Untuk Malaysia, kita sudah menyumbang sebanyak USD $95 juta (anggaran RM 426 juta) kepada PUBG Mobile. Di rantau Asia Tenggara sahaja, kita memegang tempat pertama untuk perbelanjaan terbanyak yang menunjukkan betapa popular game ini di belakang Mobile Legends.
Kembali ke topik besar, App Store menyumbang bahagian terbesar kepada keuntungan PUBG Mobile di seluruh dunia, mengumpul lebih daripada 80% daripada jumlah hasil. Dari segi muat turun, pemain Android lebih ramai dengan jumlah muat turun sebanyak 613,802,336 berbanding pemain iOS yang jumlahnya 334,811,129. Dari sini, kita boleh lihat bahawa pemain iOS lebih suka berbelanja dalam game untuk mendapatkan kosmetik.

PUBG Mobile akan terus berkembang pada tahun 2022 dan buat masa ini, ia menerajui pasaran ‘mobile battle royale’ yang juga dihuni oleh Call of Duty: Mobile, Free Fire dan lain-lain. Bukan itu sahaja, Krafton (menguruskan PUBG PC/konsol) juga telah mengeluarkan game spin-off baru bernama New State Mobile yang mengumpul USD $16 juta (anggaran RM 72 juta) yang sepatutnya dapatkan membantu meningkatkan populariti francais secara keseluruhan.

Setelah mendahului genre battle royale, PUBG Mobile telah mengukuhkan dirinya sebagai salah satu francais paling untung di seluruh dunia dan nampaknya keadaan akan kekal begitu sehinggalah pesaing baru muncul. Apa pendapat korang? Adakah takhta PUBG Mobile akan dirampas satu hari nanti atau adakah ia akan bertahan berdekad-dekad?
*Data diambil dari April 2018 hingga 18 Julai 2022 melalui AppMagic*
*Kadar pertukaran USD ke RM telah dibundarkan dan mengikut data 20 Julai 2022*
Untuk segala liputan kami tentang PUBG Mobile, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post