Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile memperkenalkan Traverse-Insectoid sebagai mod fitur baru

Pemain boleh berubah menjadi insektoid kecil dan terbang di sebahagian peta

Amir Haziq by Amir Haziq
June 14, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, iOS, Mobile, Platform, Real time strategy, Shooter
0 0
0
PUBG Mobile memperkenalkan Traverse-Insectoid sebagai mod fitur baru
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile hari ini telah melancarkan mod fitur terbaru untuk game mereka, iaitu Traverse-Insectoid bagi menambahkan pengalaman battle royale untuk para pemain. Pemain Insectoid akan bertarung dengan pantas bersama peluru berpandu yang tiada had, menggunakan bahan letupan serta menjadi mikroskopik sambil cuba mengelak dari di pan pemain lain. Mod Traverse-Insectoid akan tersedia di PUBG Mobile sehingga 5 Julai ini.

Mod Traverse-Insectoid membolehkan pemain menggunakan teknologi pengecilan yang menjadikan mereka kepada saiz serangga. Mod ini boleh dimainkan di Erangel, dan pemain akan menemui lima makmal yang perlu dicari di dalam kawasan peta tersebut. Setiap pemain akan memegang Quantum Transformation Device, dan akan menggunakannya untuk berubah ke saiz serangga mini.

Dalam saiz serangga ini, pemain tidak boleh menggunakan peralatan yang ada dari beg mereka, tetapi akan menggunakan peluru berpandu untuk menyerang pemain lain yang sama saiz. Mereka juga akan terbang di sekitar makmal, tetapi akan bertukar menjadi saiz normal apabila terkeluar dari kawasan makmal. Untuk pengetahuan anda juga, pemain insectoid tidak boleh dicederakan dengan senjata biasa, tetapi akan mati apabila terkena pan pemain lain.

Tambahan pula, untuk mengelilingi peta dalam saiz Insectoid, pemain perlu mengumpulkan Energy Light Point untuk membolehkan mereka menggunakan wormhole. Setiap Light akan memberikan pemain lima Light Point, dan mereka perlu mengumpulkan 40 Light Point untuk mengaktifkan wormhole dan teleport ke salah satu daripada empat makmal lain. Light Point hanya boleh diperoleh ketika anda dalam bentuk Insectoid, tetapi pemain bersaiz normal boleh mendapatkannya di Energy Store untuk menukarnya dengan Combat Supplies.

Pegawai Pengurus Pemasaran PUBG Mobile SEA, Jenny Zhuang menyatakan bahawa mereka ingin memberikan pengalaman gameplay yang berbeza untuk peminat PUBG Mobile di seluruh dunia. Mod ini juga dikatakan menjadikan pemain bertukar ke saiz kecil, dan menjelajahi kawasan pertempuran dalam bentuk mikrokosmos yang unik dan menarik. Beliau juga menyatakan mod baru ini mendorong pemain untuk menyusun semula strategi mereka untuk memenangi pertandingan .

Selain daripada mod Traverse-Insectoid, PUBG Mobile telah melancarkan Royale pass Season 19 dengan tema yang sama, serta menawarkan outfit eksklusif bertemakan serangga dan telah memasuki misi minggu ke-4. Untuk membaca segala liputan kami mengenai PUBG Mobile, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Androidbattle royaleiOSmobile gamepubg mobileTraverse-Insectoid
Previous Post

[E3 2021] Soulstice didedahkan sebagai game seperti Souls dan eksklusif untuk konsol next-gen

Next Post

[E3 2021] Capcom rasmi akan memberi Resident Evil Village kemaskini DLC

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[E3 2021] Capcom rasmi akan memberi Resident Evil Village kemaskini DLC

[E3 2021] Capcom rasmi akan memberi Resident Evil Village kemaskini DLC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd