Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile China Diggantikan Dengan ‘Game For Peace’, Di Mana Pemain Akan Melambai Tangan Selepas Mati

Tencent hasilkan klon untuk PUBG!

Wakambing by Wakambing
May 9, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG Mobile China Diggantikan Dengan ‘Game For Peace’, Di Mana Pemain Akan Melambai Tangan Selepas Mati
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile, battle royale versi telefon pintar untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds, telah ditutup di China oleh penerbitnya Tencent selepas setahun menunggu dan tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk monetise permainan tersebut di negara itu. Menurut satu post dari akaun rasmi Tencent melalui platform Weibo, mereka berkata, ujian untuk PUBG akan ditamatkan dan diggantikan dengan “Game for Peace” yang lebih bertemakan patriotik dan kurang darah daripada PUBG Mobile yang berunsur keganasan.

ICYMI:

Tencent has stopped operating PUBG Mobile in China, launched a new battle royale game called ‘Game for Peace’ which received monetisation approval on Apr 9. Players must transfer to the new game. Tencent can begin to monetise in China now.

More: https://t.co/iOPIrY5agR pic.twitter.com/IiVQWO0Sde

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 8, 2019

Game for Peace, adalah game battle royale seakan-akan klon PUBG tetapi menurut website Tencent, game ini memberi penghormatan kepada “pahlawan di langit biru yang menjaga ruang udara negara kita “, merujuk kepada angkatan udara China. Permainan ini telah diluluskan untuk monetisation, dan mempunyai fungsi untuk menyokong perpindahan akaun pemain PUBG ke game tersebut.

They changed PUBG Mobile in China to comply with stricter game violence laws. Now when you ‘kill’ someone they give you a loot box and wave goodbye and honestly it’s just so hilariously wholesome pic.twitter.com/Q5xkrtM0MA

— Svend Joscelyne (@SvendJoscelyne) May 8, 2019

Apa yang menariknya, perubahan ketara dibuat untuk Game for Peace jelas dapat dilihat apabila pemain membunuh pemain lain, mereka akan melambaikan tangan balik kepada pemain tersebut.

Sumber: Youtube Uptodown

Bukan itu sahaja, lootbox akan turut diberikan seolah-olah mereka akur dengan nasib selepas dibunuh. Menurut para pemainnya, selain daripada kekurangan darah dan gore, game ini memang kelihatan sama seperti PUBG Mobile. Ia juga boleh dikatakan game alternatif sosialis.

Game For Peace

Kerajaan China telah mengenakan peraturan dan undang-undang baru untuk permainan mudah alih pada bulan April lepas. Selain dari kekurangan darah dan keganasan, kerajaan China juga akan menghadkan kelulusan permainan yang merujuk sejarah empayar China. Mahjong dan permainan poker juga diharamkan, dan bilangan permainan keseluruhan yang diluluskan oleh kerajaan akan dihadkan. PUBG Mobile mempunyai 70 juta pemain aktif setiap hari di China sebelum penutupannya, namun pemain di sana tidak risau kerana mereka boleh memindahkan akaun PUBG ke Game For Peace ini. Ini bukanlah kali pertama game PUBG melalui kontroversi sedemikian, malah di India pula, PUBG dikaitkan dengan penyakit sakit jiwa!

Sumber: Tencent / Polygon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinagame for peacepubgpubg mobiletencent
Previous Post

Main Minecraft Classic secara percuma di web browser anda!

Next Post

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 memperkenalkan kuasa blood magic Tremere Clan!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 memperkenalkan kuasa blood magic Tremere Clan!

Vampire: The Masquerade - Bloodlines 2 memperkenalkan kuasa blood magic Tremere Clan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd