Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG memperkenalkan sistem “Recall”, tapi seakan sama macam Apex Legends

safwan by safwan
May 16, 2023
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, Shooter
0 0
0
PUBG memperkenalkan sistem “Recall”, tapi seakan sama macam Apex Legends

Sumber: PUBG

Share on FacebookShare on Twitter

PUBG baru sahaja menerima update terbaru di mana mereka menambah sistem “respawn” yang dikenali sebagai Recall. Sistem ini membolehkan anda atau rakan sepasukan menghidupkan ahli lain semasa dalam perlawanan. Namun, ada yang mengatakan di mana sistem respawn yang PUBG gunakan adalah sama seperti di dalam game battle royale yang lain iaitu Apex Legends.

Bagaimana sistem Recall PUBG berfungsi? Jika anda atau rakan sepasukan mati, badan anda akan menjadi kotak dan di dalam kotak tersebut akan mempunyai satu item baharu yang dikenali sebagai “Blue Chips”. Anda atau rakan sepasukan boleh kutip item tersebut dan membawanya ke satu menara yang dinamakan “Blue Chips Tower”.

Sumber: PUBG

Mungkin jika anda seorang pemain Apex Legends, anda mungkin akan perasan yang sistem ini seakan-akan sama dengan game Apex Legends di mana pemain boleh mengutip banner dan membawanya ke Respawn Beacons atau Mobile Respawn Beacon untuk menghidupkan kembali rakan sepasukan.

Sistem respawn dari Apex Legends sememangnya satu sistem yang sangat berguna dan mampu memberikan peluang kedua kepada pemain yang mati awal. Selagi salah seorang ahli pasukan masih hidup, pemain yang telah mati sudah pasti boleh dihidupkan kembali untuk berlawan bersama-sama dan memenangi perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, sistem seperti ini mesti akan ada hadnya. Sistem PUBG “Recall” ini hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk setiap pemain.

Sumber: PUBG

Memandangkan sistem respawn ini sangat berguna dalam game Battle Royale seperti Apex Legends, sudah pasti sistem ini akan ditawarkan di banyak game lain pada masa akan datang. Cuma saya mengharapkan yang game-game lain menggunakan teknik yang berbeza dan tidak seperti PUBG yang seakan sama seperti Apex Legends.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendspubgRecallRespawn System
ShareTweetSend
Previous Post

Mencari game ‘free-2-play’ FPS? Cuba game mecha Hawken Reborn, akan tiba di PC Steam!

Next Post

Honkai Star Rail: Senarai Kod Livestream Star Rail dan Cara untuk Tebusnya!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Honkai Star Rail: Senarai Kod Livestream Star Rail dan Cara untuk Tebusnya!

Honkai Star Rail: Senarai Kod Livestream Star Rail dan Cara untuk Tebusnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd