Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG jadi Free-To-Play bermula esok & menerima diskaun sebanyak 50%!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Steam
0 0
0
PUBG jadi Free-To-Play bermula esok & menerima diskaun sebanyak 50%!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh PUBG Corp., PlayerUnknown’s Battlegrounds boleh dimainkan secara percuma di pelantar PC melalui Steam untuk waktu terhad bermula pada Jumaat 1AM dan akan berakhir pada 9 Jun. Ini memberi peluang kepada pemain untuk melihat apa yang baru dalam PUBG sekarang kerana Season 7 sepenuhnya sudah berjalan dengan penambahan fitur RANKED MODE di semua platform. Bagi mereka yang tidak menggunakan PC dan masih mahu bermain, versi PUBG PlayStation 4 juga disertakan dalam promosi Days of Play yang sedang berlangsung sekarang.

From June 4th to 8th, PUBG is Free To Play and 50% off. #PlayApartTogether with PUBG and Steam! pic.twitter.com/c6cQS3E3Sp

— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) May 28, 2020

PUBG Corp. mengumumkan promosi menarik ini pada 28 Mei dan juga menambah bahawa versi PUBG Steam akan menerima diskaun pada masa yang sama. Jika anda suka penambahan seperti mod baru, peta baru, senjata baru dan lain-lain yang dilakukan oleh pemaju dalam Season 7, inilah masanya untuk mendapatkan PUBG pada harga yang murah.

Mereka yang bermain di PlayStation 4 mempunyai promosi serupa yang berlangsung selama dua minggu. PUBG tidak percuma untuk pelantar tersebut, tetapi anda boleh mendapatkannya pada separuh harga semasa promosi Days of Play yang berlangsung sehingga 17 Jun. PUBG dan permainan video terkenal lain akan dijual sepanjang tempoh itu, jadi jangan tunggu lagi! Kalau ada beberapa permainan video yang sudah lama anda ingin beli, promosi ini amat berbaloi.

PUBG joins PlayStation’s Days of Play 2020 deals. Get 50% off from now for PS4!

– AMER: 2020-06-03 8:00am ~ 06-17 11:59am (PT)
– EMEA: 2020-06-03 1:00am ~ 06-17 11:59am (GMT)
– ASIA: 2020-06-03 11:00am ~ 06-16 23:59pm (Local Time) pic.twitter.com/5LlCBwajpr

— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) June 3, 2020

Tawaran ini hanya akan berlangsung buat masa terhad, jadi dapatkan PUBG sementara anda masih boleh. Kadang-kadang senarai permainan akan dikemas kini, jadi ada kemungkinan PUBG akan digantikan untuk permainan video lain. Muat turun PUBG menggunakan pautan di bawah:

MUAT TURUN DI SINI
MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DiskaunFreePCPercumaPlayerUnknown's BattlegroundsPlayStation 4PS4pubgsteam
Previous Post

Walaupun isu aim assist dah selesai, Ninja masih tidak ingin bermain Fortnite yang “membosankan”!

Next Post

Game misteri percuma ke-4 Epic Games Store ialah ARK: Survival Evolved! Diteruskan dengan Samurai Shodown NeoGeo Collection!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game misteri percuma ke-4 Epic Games Store ialah ARK: Survival Evolved! Diteruskan dengan Samurai Shodown NeoGeo Collection!

Game misteri percuma ke-4 Epic Games Store ialah ARK: Survival Evolved! Diteruskan dengan Samurai Shodown NeoGeo Collection!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd