PUBG Corp telah mengumumkan jadual penyelenggaraannya untuk PlayStation 4 dan Xbox One yang akan membuatkan game itu offline sementara untuk mengemas kini update terbaru. Snowbike, kenderaan lain dan Flare Gun akan dihadirkan dalam kemas kini itu. Tambahan lagi, terdapat juga penambahbaikan prestasi dan pengoptimuman lain yang mungkin berbeza bergantung pada platform.
Xbox & PS4 Players: Live servers will enter maintenance for 4 hours on April 9 12am PST / 9am CET.
The Snowbike, Zima, Flare Gun, and more will be available on live servers once maintenance ends.
Xbox: https://t.co/Q1KhaVbFce
PS4: https://t.co/f0DXcEDdQf pic.twitter.com/vZN2bJ9HRl— PUBG: BATTLEGROUNDS Support (@PUBG_Support) April 8, 2019
Penyelenggaraan pada server konsol itu akan bermula pada pukul 12AM PT (3pm) pada 9 April, di mana sebahagian besar pemain mungkin tidak akan terjejas dengan downtime. Server ini akan berada secara offline selama kira-kira 4 jam, tetapi sebaik sahaja downtime selesai, kemaskini terbaru yang telah ditambah ke versi PC sebelum-sebelum ini akan terus ada pada konsol.
Antara perubahan yang akan dibuat:
- Kenderaan baharu (Vikendi)
- Snowbike menggantikan motorbikes di Vikendi.
- Zima menggantikan UAZs di VikendiAdded
- Flare Gun
- Flare Guns boleh ditemui di peta tetapi agak jarang, dengan kadar purata spawn 3 Flare Guns untuk setiap game pada semua peta
- Apabila menembak Gun Flare di dalam zon selama, pemain akan memanggil special care package dengan gear berharga, atau UAZ berperisai apabila digunakan semasa di luar zon selamat.
- 2 special care package dan 2 UAZ berperisai boleh dipanggil dalam setiap game.
- Kandungan Care Package akan mempunyai 1 set item, tanpa mengira mode yang pemain main (Solo/Duo/Squad).
- Gameplay
- Kesan reflektif yang bertambah baik pada lensa skop.
- Tayar kenderaan akan rosak sejurus kenderaan itu meletup.
- Prone telah diubahsuai sedikit untuk mengelakkan situasi di mana kawasan itu agak lasak.
Untuk maklumat lanjut tentang segala perubahan yang akan dilakukan untuk kemaskini ini, boleh baca patch notes yang disediakan oleh pihak PUBG.
Sumber: PUBG
@gamersantaimy
Discussion about this post