Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 Slim Unboxing — Kini Lebih Kecil, Ringan & Hadir Dengan Pilihan Cover Menyerlah! Bakal Lancar 20 Februari Ini!

Maira by Maira
February 15, 2024
in Artikel, Berita, PS5, Unboxing
0 0
0
PS5 Slim Unboxing — Kini Lebih Kecil, Ringan & Hadir Dengan Pilihan Cover Menyerlah! Bakal Lancar 20 Februari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami pasti ramai yang ternanti-nantikan pelancaran konsol baharu PS5 Slim yang telah pun tersedia di pelbagai negara. Nampaknya konsol tersebut sudah bersedia untuk bertemu dengan pemain-pemain PlayStation pada bulan ini! Kami berpeluang untuk melihat sendiri konsol baharu ini dan tidak sabar untuk teruskan sesi unboxing kali ini bersama anda! Tanpa membuang masa jom kita lihat lebih dekat konsol PS5 Slim ini!

Sumber: Gamer Santai

Pertama kali yang kami sedar adalah saiznya yang kelihatan lebih kecil berbanding konsol PS5 yang dikeluarkan pada 2020. Bukan setakat itu sahaja, ia juga terasa sedikit ringan apabila diangkat. Melihat cover konsol itu, ia mempunyai empat panel cover dengan bahagian atas kelihatan lebih glossy manakala bahagian bawah mengekalkan kemasan matte seperti konsol lama. Tetapi ada sedikit perubahan pada bahagian bawah cover tersebut. Terdapat symbol PlayStation yang timbul pada bahagian kanan bawah pada cover belakang.

Terdapat dua versi konsol PS5 Slim yang tersedia iaitu versi disc drive Bluray dan versi digital. Walaupun begitu, PS5 Slim Digital boleh mendapatkan add-on “Ultra HD Blu-ray Disc Drive” jika mereka ingin gunakan ciri Blu-ray pada konsol tersebut. Berikut adalah harga untuk kedua-dua versi konsol tersebut:

  • PlayStation 5 Disc Drive Edition: RM2499 
  • PlayStation 5 Digital Edition: RM2069
  • Ultra HD Blu-ray Disc Drive untuk PS5: RM 529

PS5 Slim ini tidak didatangkan dengan stand konsol. Ia telah dijual berasingan dengan harga RM 149. Walaupun begitu ia masih lagi stabil untuk dirikannya tanpa menggunakan stand, tetapi kalau terlanggar memang akan jatuh. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi, memang kami syorkan untuk anda beli stand ini ataupun gunakan sahaja konsol ini secara melintang dengan menggunakan horizontal stand yang tersedia dengan konsol.

Kalau anda tidak begitu gemar dengan warna putih, anda boleh sahaja mendapatkan cover yang hadir dengan warna berlainan. Antara warna yang anda boleh dapatkan adalah Black matte, Volcanic Red, Cobalt Blue dan Sterling Silver. Boleh tahan cantik juga melihat PS5 Slim yang serba hitam ini. Kemasan matte itu membuatkan ia kelihatan kemas dan cool.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Adakah anda akan mendapat konsol PS5 Slim ini? Kalau anda berminat, anda sudah boleh pra-tempah konsol ini melalui Sony Store Malaysia! Ia akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Februari ini!

Untuk mendapatkan berita menarik lain mengenai PS5 daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS5 Slim
ShareTweetSend
Previous Post

PS5 Slim Bakal Lancar 20 Februari 2024 di Malaysia! Pre-Order Sekarang!

Next Post

Filem Baharu Fantastic Four Akhirnya Dedah Barisan Pelakon & Tarikh Tayangan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Filem Baharu Fantastic Four Akhirnya Dedah Barisan Pelakon & Tarikh Tayangan!

Filem Baharu Fantastic Four Akhirnya Dedah Barisan Pelakon & Tarikh Tayangan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd