Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 April update membolehkan pengguna simpan game di hard disk dan menambah fitur sosial baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PS5
0 0
0
PS5 April update membolehkan pengguna simpan game di hard disk dan menambah fitur sosial baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa PlayStation 5 dilancarkan, ramai pengguna mendapati bahawa konsol ini mempunyai ruang simpanan yang agak terhad. Walaupun mempunyai 825 GB, hanya 667 GB sahaja yang dapat digunakan. Oleh itu, sesiapa yang ingin bermain banyak permainan di sistem ini mesti memadam permainan untuk mengosongkan ruang bagi permainan baru, kerana PS5 tidak serasi dengan “external hard drive“.

Diumumkan hari ini di PlayStation Blog, naib presiden Perancangan dan Pengurusan Platform – Hideaki Nishino, mengesahkan bahawa sebuah kemas kini besar PlayStation 5 telah dijadualkan pada 14 April. Walaupun kemas kini tersebut merangkumi beberapa perkara utama, yang paling penting sekali adalah PS5 kini serasi dengan “external hard drive“, khususnya pemacu USB.

Dengan ciri ini, pemilik PS5 dapat memindahkan permainan ke storan tambahan USB serta dapat memindahkannya kembali dengan lancar. Namun, permainan PS5 tidak dapat dimainkan secara langsung dari “external hard drive” kerana ia direka untuk memanfaatkan perkakasan SSD di dalam konsol. Lebih-lebih lagi, permainan PS5 juga tidak boleh dimuat turun secara langsung ke pemacu USB. Sekiranya ada yang tertanya-tanya tentang sokongan untuk pemacu M.2, blog menyatakan bahawa ciri ini masih dalam pembikinan.

Ciri kedua ialah fitur “cross-gen Share Play” untuk pemilik PS5 dan PS4. Walaupun ada banyak permainan yang membolehkan rakan bermain bersama-sama di konsol yang berbeza, kemas kini April PS5 akan membolehkan mereka menggunakan ciri Share Play sekali. Antara kelebihannya ialah kebolehan untuk berkongsi skrin antara kedua-dua konsol dan pemilik PS4 boleh mencuba permainan PS5 secara dalam talian Share Play. Pemilik PS5 dan PS4 juga dapat menyertai permainan rakan, yang berfungsi sebagai jalan pintas untuk menghantar jemputan.

Akhir sekali, menu Game Base akan diperbaiki dalam beberapa cara, yang membolehkan pengguna mengakses dengan lebih cepat ke ciri-ciri penting. Antara penambahan baru ini, konsol akan ada pilihan untuk mematikan “in-game chat“, boleh menyesuaikan tahap kelantangan bunyi bagi mana-mana pemain lain dalam “in-game chat“, dan pra-muat turun secara automatik untuk kemas kini permainan apabila tersedia.

Sumber – PlayStation Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: external hard driveGame Baseplaystation 5PS4ps5Share Play
Previous Post

Pendedahan watak lain dan gameplay Yuffie untuk Final Fantasy VII Remake Intergrade

Next Post

Dingoz MPX rasmi menjadi juara! Isu PMPL MYSG musim ketiga dijelaskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dingoz MPX rasmi menjadi juara! Isu PMPL MYSG musim ketiga dijelaskan!

Dingoz MPX rasmi menjadi juara! Isu PMPL MYSG musim ketiga dijelaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd