Dahulu diberi nama “Project Leonardo,” hari ini Sony Interactive Entertainment (SIE) secara rasmi memberi nama kepada alat kawalan kebolehaksesan PS5 tersebut iaitu “Access controller for PlayStation 5“, serta memberi gambaran lebih mendalam tentang keupayaan dan fungsinya.
Diumumkan sempena “Global Accessibility Awareness Day“, SIE berkongsi imej dan maklumat baharu tentang controller tersebut melalui posting di PlayStation Blog. Berikut adalah info lengkap:
Pengenalan

PS5 Access Controller ialah controller kit “mudah akses dan mudah ubah suai” yang direka untuk membantu pemain kurang upaya bermain game kegemaran dengan lebih mudah, lebih selesa dan untuk tempoh masa yang lebih lama.
Dibangunkan dengan kerjasama pakar kebolehaksesan, Access Controller mempunyai pelbagai jenis butang boleh tukar dan stick cap (penutup butang) supaya pemain bebas membuat susun atur berbeza mengikut jarak pergerakan dan keperluan fizikal mereka. Setiap Access Controller termasuk:

- Stick cap analog (standard, ‘dome’ dan ‘ball’)
- Penutup butang dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuk:
- Jenis ‘pillow’
- Jenis ‘flat’
- Jenis ‘wide flat’ (yang meliputi dua soket butang)
- Jenis ‘overhang’ (yang memberi manfaat kepada pemain dengan tangan yang lebih kecil kerana ia diletakkan lebih dekat ke tengah)
- Jenis ‘curve’ (yang boleh ditolak jika diletakkan di bahagian atas atau ditarik jika diletakkan di bahagian bawah controller)
- Tag penutup butang yang boleh ditukar untuk pemain menandakan input mana yang mereka letakkan pada setiap butang

Selain itu, pemain boleh menggunakan Access Controller pada permukaan rata, pergerakan sebanyak 360 darjah, dan memasang controller dengan mudah ke tripod. Pemain juga boleh melaraskan jarak kayu analog dari controller dan bersama empat port AUX 3.5mm di peranti, pemain boleh menggunakan switch, butang atau kayu analog mereka sendiri.
UI/UX untuk Access Controller

Button mapping dan profil controller – Di konsol PS5, pemain boleh memilih orientasi pilihan mereka untuk Access Controller, meletakkan input berbeza ke pelbagai butang, menghidupkan atau mematikan butang, atau meletakkan dua input berbeza pada satu butang yang sama. Pemain juga boleh mencipta dan menyimpan profil controller kegemaran untuk game atau genre berbeza (seperti “game lawan-lawan” atau “memandu”).

Pairing antara controller dan pelarasan pada kayu analog – Sehingga dua Access Controller dan satu DualSense (atau DualSense Edge) boleh digunakan bersama sebagai satu controller virtual. Ini membolehkan pemain mencampur dan memadankan peranti atau bermain secara kolaboratif dengan orang lain. Sama seperti DualSense Edge, pemain juga boleh menentukan sensitiviti input.

Mode Toggle – Access Controller juga mempunyai mode Toggle, yang membolehkan pemain melaraskan tindakan mana-mana butang supaya aksinya dipermudahkan. Sebagai contoh, jika anda mendayakan mode Toggle untuk input ‘minyak’ dalam game lumba, kini anda tidak perlu menahan butang itu untuk memandu. Satu lagi contoh; majoriti game menyuruh kita untuk menahan “L3″untuk berlari. Kini anda boleh menukar input ke “klik L3 untuk berlari”.
Lebih banyak info tentang PS5 Access Controller, termasuk tarik keluaran tepat, akan dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang. Untuk membaca segala berita kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post