Pada 13 Disember 2021, PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro nampaknya kena jailbreak sekali lagi selepas tiga hacker mengeluarkan eksploitasi kernel baru untuk “firmware versi 9.00 dan lebih awal”. Bukan itu sahaja, sistem jailbreak ini mungkin boleh berfungsi di kedua-dua PS4 dan PS5! Dalam erti kata lain, ramai pengguna PS kini boleh menjalankan aplikasi dan game yang tidak dibenarkan/tidak dibeli melalui kaedah yang sahih.
Jailbreak ini digelar sebagai “pOOBs4,” dan dikreditkan kepada SpecterDev, ChendoChap dan Znullptr, dengan bantuan oleh Sleirsgoevy atas eksploitasi “webkit browser” dan hacker terkenal, TheFloW kerana menemui sistem fail sebenar yang membolehkan eksploitasi ini berfungsi. Jailbreak ini memerlukan akses rangkaian dan USB drive yang mengandungi fail khusus. Selepas dimuatkan, konsol PS4 kini bebas untuk menerima data daripada PC menggunakan “custom firmware milik Mira Project atau GoldHEN homebrew enabler.”
Asalnya ditunjukkan oleh SpecterDev, Znullptr kemudian sambung bahawa kernel yang digunakan oleh jailbreak ini sepatutnya boleh berfungsi pada PS5. Walau bagaimanapun, versi PS5 masih belum dibuat disebabkan developer utama masih belum mempunyai PS5. Akhir sekali, SpecterDev mengeluarkan jailbreak pOOBs4 secara rasmi, dengan pautan ke GitHub.
*Kami dari Gamer Santai tidak menyokong sebarang aktiviti di atas. Anda boleh cuba mengikut risiko sendiri.*
Memandangkan kita sudah memasuki era next-gen, PS4 tidak lagi menjadi fokus utama setelah kemunculan PS5. Malangnya, untuk dapatkan sebuah PS5 masih sangat susah kerana isu stok terhad. Hacker pun tidak mampu dapatkan PS5. Tetapi andai kata dia berjaya dapat dalam masa terdekat, adakah PS5 pun akan kena jailbreak dengan mudah seperti PS4?
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/22031169/00_PlayStation_FAQ_featured_imag.jpg)
Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post