Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PS Showcase 2021] Forspoken akan keluar tahun 2022, gameplay rasmi diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2021
in Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
[PS Showcase 2021] Forspoken akan keluar tahun 2022, gameplay rasmi diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix melancarkan treler baru untuk Forspoken di acara PlayStation Showcase hari ini dan mengesahkan ia akan dilancarkan pada “Spring 2022”. Pada masa yang samna, treler baru Forspoken juga menunjukkan sedutan gameplay yang menyerlahkan lagi tahap visual grafik yang sedang diusahakan oleh Luminous Productions. Tahap visual memang setanding dengan apa yang kita lihat di Final Fantasy 16, dan treler ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang naratif jalan cerita untuk IP terbaru Square Enix.

Dalam Forspoken, kita akan bermain sebagai Frey Holland, seorang wanita muda yang mendapati dirinya dipindahkan ke dunia Athia dari rumah pangsapuri di New York. Setelah sedar dirinya kini sedang memakai gelang ajaib yang boleh bercakap, dia harus mengembara seluruh Athia dan bertarung dengan pelbagai makhluk berbahaya. Untuk menewaskan musuh ini bukanlah kerja yang mudah, jadi Frey harus menguasai pelbagai abiliti unik sepanjang perjalanan. Demi mencari jalan pulang ke dunia sebenar, Frey juga harus berhadapan dengan organisasi Tantas: merupakan sekumpulan matriark berkuasa yang mengawal Athia.

Gameplay yang dipamerkan dalam Forspoken memang sangat berbeza dari apa yang orang ramai jangakakan. Dilabel sebagai game open-world RPG, ramai peminat Square Enix menganggap game ini lebih menyerupai Final Fantasy 15 kerana treler pertama menunjukkan model watak dan animasi yang hampir serupa. Sebaliknya, ia mempunyai gameplay yang lebih ke arah third-person shooter di mana kita akan menembak menggunakan gelang ajaib.

Memandangkan game ini akan keluar tahun depan, kita pun tidak perlu menunggu terlalu lama sebelum mereka mengumumkan tarikh pelancaran rasmi. Selain itu, Forspoken akan menjadi ujian terbesar Square Enix sebagai IP pertama untuk generasi baru, jadi ramai yang letak harapan tinggi. Saya belum pasti jika ini akan menjadi kes seperti Marvel’s Avengers, tetapi buat masa ini, memang tidak dapat menafikan bahawa visual dalam game nampak mantap.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Untuk segala liputan kami untuk acara PS Showcase 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – PS Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ForspokenGameplayPlayStation Showcase 2021square enix
Previous Post

[PS Showcase 2021] Kisah penceritaan Marvel’s Guardians of the Galaxy didedahkan, menampilkan watak yang akan anda temui!

Next Post

[PS Showcase 2021] Alan Wake Remastered membawa kisah penulis ke PS4 dan PS5

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[PS Showcase 2021] Alan Wake Remastered membawa kisah penulis ke PS4 dan PS5

[PS Showcase 2021] Alan Wake Remastered membawa kisah penulis ke PS4 dan PS5

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd