Seperti biasa pemain PS yang melanggan PS Plus akan mendapat beberapa game percuma untuk setiap bulan. Bulan Disember ini, PS Plus memberikan tiga permainan percuma iaitu Godfall: Challenger Edition, Mortal Shell, Lego DC Super-Villains dan Judgment! Kesemua permainan ini akan tersedia mulai 7 Disember sehingga 3 Januari 2022. Mari kita lihat lebih lanjut mengenai permainan ini!

Godfall: Challenger Edition (PS5 / PS4)
Godfall merupakan sebuah permainan looter-slasher dalam dunia fantasu yang dipenuhi dengan kesatria dan sihir misteri. Mulakan pengembaraan dalam RPG aksi fantasi yang menggunakan pertempuran jarak dekat third-person. Challenger Edition memfokuskan pada tiga mod unik: Lightbringer, Dreamstones dan Ascended Tower of Trials. Ketiga-tiga mod ini merupakan kandungan endgame permainan ini. Pemain boleh upgrade ke Deluxe Editiom bila-bila masa untuk akses kempen Godfall dan Fire & Darkness.
Mortal Shell (PS4)
Mortal Shell ialah aksi RPG single player yang menguji kewarasan dan daya tahan anda dalam dunia yang penuh kemusnahan. Jejaki tempat tersembunyi dan temui tujuan sebenar anda.
Lego DC Super-Villains (PS4)
Pemain akan mencipta dan bermain sebagai super-villain yang baru sepanjang permainan dan menimbulkan huruhara dalam cerita yang penuh aksi. Berlatarkan dunia terbuka DC Universe, Justice League telah lenyap dan meninggal bumi kepada rakan mereka yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai “Justice Syndicate.”
Judgment (PS4)
Judgment akan berlaku di daerah Kamurocho di mana peminat Kazuma Kiryu sudah biasa dengan tempat sebegitu. Walau bagaimanapun, spin-off ini akan memperkenalkan sebahagian baru bandar, selepas peguam Takayuki Yagami yang terpaksa menahan malu kerana dia mendapati dirinya ditarik ke dalam kes sekeliling pembunuh berantai yang ganas. Dengan protagonis baru, terdapat juga suite permainan baru.

Sama seperti bulan lepas, pemain PS Plus juga akan mendapat beberapa permainan PSVR iaitu The Persistence, The Walking Dead: Saints & Sinners -Standard Edition dan Until You Fall. Untuk segala liputan lain mengenai PS Plus, sila klik pautan ini.
Sumber: PlayStation Asia, PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post