Haaa, ada lagi berita tentang game battle royale yang baru. Kali ini, macam pelik sikit, sebab dia bertemakan Sci-Fi. Avatar korang merupakan robot. Nama game dia PROXIMA ROYALE. Masih dalam fasa early access di Steam. Nak tahu lebih lanjut? Jom, ikut aku dalam entri pertama aku hari ni.
Nampaknya, demam Battle Royale tak habis lagi. Makin banyak game developer yang cuba untuk buat game bergenre Battle Royale. Semua di sebabkan PUBG dan juga Fortnite. Antara game battle royale yang cukup famous dan cukup hebat. Dua-dua bersaing dengan sengit sekali. Ada masa PUBG menjadi pemenang, ada masa Fortnite berjaya mengalahkan PUBG.
Selepas itu, muncul pula Ring of Elysium, dan juga Extopia. Mak ai, nampaknya, mereka masih lagi berlawan dalam untuk game genre Battle Royale ni. Kali ini, aku dapat jumpa satu game yang masih lagi dalam fasa early access di steam, iaitu PROXIMA ROYALE.
PROXIMA ROYALE merupakan Sci-fi Battle Royale Shooter yang kompetitif, di mana, ianya merupakan perlawanan yang laju. Masih menggunakan undang-undang Battle Royale yang sama, Loot, Bunuh, dan cuba untuk menjadi orang yang terakhir untuk hidup.
Klik di sini untuk info lanjut
Buat masa ni, aku belum dapat info yang lengkap tentang game PROXIMA ROYALE ni. Cuma yang aku tahu, masih dalam early access dan juga akan di keluarkan Quarter ke-2 2018. So, korang layan video ni dulu, okay?
@gamersantaimy
Discussion about this post