Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Proses membina tapak di Malaysia” – PlayStation Studios Malaysia Hasnul Hadi & Neil Ingram [Level Up KL 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Industri, PS4, PS5
0 0
0
“Proses membina tapak di Malaysia” – PlayStation Studios Malaysia Hasnul Hadi & Neil Ingram [Level Up KL 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Di Level Up KL 2022, Ketua PlayStation Studios Malaysia Hasnul Hadi Samsudin dan Pengarah Kanan Seni Visual PlayStation Neil Ingram telah bercakap dalam pembentangan bertajuk “Think Globally, Make Globally“, untuk membincangkan bagaimana cawangan Malaysia diasaskan dan peluang bekerja dengan komuniti PlayStation global.

Kiri: Neil Ingram // Kanan: Hasnul Hadi Samsudin

Permulaan PlayStation Studios Malaysia

Kedua-dua pemaju memulakan pembentang dengan bercakap tentang penubuhan studio.

Apabila ditanya mengapa PS ingin membina menubuhkan studio baru di Malaysia, Neil menjelaskan bahawa selepas dia mula bekerja untuk PlayStation pada 2013, syarikat itu memang meninjau beberapa negara berbeza. Namun, perjalanan ke Singapura yang akhirnya membawa mereka ke Malaysia.

“Kami sentiasa mencari perkara seterusnya. Kami mencari tempat yang mempunyai bakat dan cita-cita. Kami membuat lawatan ke Taiwan, India dan Singapura dan di sana kami dapati ramai pemaju game kebetulan dari Malaysia.”

Selepas bercakap dengan beberapa pemaju game Malaysia di Singapura, PlayStation menghabiskan 10 hari mengembara tanah air kita. Mereka mengembara dari KL ke Pulau Pinang ke Johor sambil menyerap budaya dan gaya hidup Malaysia, lalu mendapati bahawa pemaju tempatan mempunyai bakat dan cita-cita yang sesuai dengan komuniti PlayStation.

Akhirnya, pada tahun 2019, PlayStation Studios Malaysia ditubuhkan.

Cabaran pembangunan global

Malangnya, wabak Covid hampir tiba pada ketika itu. Hasnul menjelaskan bahawa rancangan asal untuk supaya pasukan baru pergi ke PlayStation Studios di San Diego, Amerika Syarikat untuk belajar tentang cara-cara membangunkan sebuah game selama dua bulan tetapi ia terpaksa dibatalkan.

Sepanjang fasa pandemik, pasukan terpaksa menghadapi kelebihan dan kekurangan membuat sebuah game antarabangsa secara dalam talian. Seluruh pasukan berkomunikasi dengan studio PlayStation di seluruh dunia dari rumah mereka sendiri, malah sesetengah daripada mereka perlu membawa pulang PC kerja daripada pejabat ke rumah.

“Ia sukar. Anda perlu melakukannya.”

Kerinduan untuk duduk bersama, berjumpa antara satu sama lain, bercakap secara peribadi, semuanya kita faham. Kita sering tertanya-tanya, bagaimana kita menyatukan semuanya ? Kami cuba mengenal pasti cara untuk membawa semua orang di bawah matlamat yang sama.”

Neil bagaimanapun berkata bahawa kunci kepada kejayaan secara global ialah komunikasi jujur. Seseorang harus mempunyai keyakinan pada diri sendiri dan pasangan untuk berusaha ke arah matlamat yang sama dan terbuka tentang apa jua isu yang timbul.

“Setiap studio yang membuat game AAA tidak melakukannya di satu tempat. Orang menyelesaikan masalah pembangunan dalam pelbagai cara berbeza dengan orang lain di seluruh dunia. Ia tentang keyakinan, mempercayai rakan kongsi, dan belajar untuk kali seterusnya.”

Selepas melalui pelbagai cabaran, nama PS Malaysia Studios akhirnya dikreditkan untuk game eksklusif PlayStation iaitu MLB The Show 22 dan The Last of Us Part I.

Kenapa pilih pembangunan global?

Mengapa ia sangat penting untuk berfikir secara global dan berkomunikasi dengan studio daripada negara berbeza? Neil menjawab ini sebenarnya berpunca daripada satu masalah terbesar semasa menghasilkan sebuah game AAA iaitu jumlah orang/pekerja tidak cukup.

“Skala dan skop game semakin berkembang. Jumlah yang orang mahu buat, dan cerita yang ingin diceritakan semakin bertambah tetapi tidak cukup orang untuk menandingi cita-cita itu.”

“Membangunkan game secara global mengharuskan kita membuka dan menerima pemaju global lebih besar yang ingin mengusahakan game.”

“Kitaran bagi game amat panjang, lebih lama daripada filem dan anda perlu membina struktur yang boleh bertahan dengan menara cita-cita itu”

Ketua PlayStation Studios Malaysia Hasnul Hadi pun bertambah:

“Saya mahu Asia Tenggara menjadi sebahagian daripada menara itu.”

“Saya mahu Malaysia menjadi sebahagian daripada menara itu supaya kita boleh membina dunia sendiri suatu hari nanti. Playstation adalah tentang membina dunia dan kami mahu anda semua menjadi sebahagian daripadanya.”

Walaupun menghadapi banyak cabaran, PlayStation Studios Malaysia masih berjaya mengukir tapak di pentas global! Semoga projek mereka yang seterusnya juga sama sukses.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Level Up KL 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hasnul HadiindustriLevel Up KL 2022Neil IngramPlayStation Studios Malaysia
Previous Post

Wild Hearts: Keunikkannya masih terserlah walaupun disamakan dengan Monster Hunter!

Next Post

Mob Psycho 100 musim 3 kini ditayangkan di Youtube!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mob Psycho 100 musim 3 kini ditayangkan di Youtube!

Mob Psycho 100 musim 3 kini ditayangkan di Youtube!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd