Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Promosi Kingdom Hearts PC boleh didapati sekarang di Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, PC, Promosi
0 0
0
Promosi Kingdom Hearts PC boleh didapati sekarang di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Kingdom Hearts PC akhirnya tiba, dan nampaknya mempunyai promosi! Square Enix mengumumkan bahawa empat permainan dan bundle kini tersedia melalui Epic Games Store pada harga yang lebih murah buat sementara waktu. Promosi ini akan bertahan sehingga 6 April 2021, dan diaplikasikan kepada sesiapa yang pernah membuat pra-pesanan.

Berikut adalah senarai permainan yang ditawarkan:

KINGDOM HEARTS HD 1.5 + 2.5 ReMIX – $ 39.99 (anggaran RM 166.22)

Kompilasi ini mengandungi empat permainan penuh, dengan dua jalan cerita tambahan.

  • KINGDOM HEARTS FINAL MIX – Permulaan kepada francais, tetapi dibuat semula dengan visual HD, kawalan yang lebih baik, soundtrack yang dibuat semula, dan banyak lagi. Ini adalah permainan yang memperkenalkan kami kepada Sora.
  • KINGDOM HEARTS Re: Chain of Memories – Berlangsung selepas peristiwa di permainan pertama, Sora, Donald dan Goofy memasuki Castle Oblivion yang misteri, dan memulakan pengembaraan baru.
  • KINGDOM HEARTS 358/2 Days (HD Remastered Cinematics) – Kisah ini memfokuskan pada Roxas, watak baru yang mempunyai hubungan khas dengan Sora. Kompilasi ini menampilkan sinematik dari permainan asli, tetapi ditingkatkan dengan teks tambahan dan dibuat semula dalam HD.
  • KINGDOM HEARTS II FINAL MIX – Permainan kedua dalam francais utama yang menyatukan semula Sora, Donald dan Goofy dalam pengembaan epik mereka di sejumlah dunia Disney.
  • KINGDOM HEARTS Birth by Sleep FINAL MIX – Permainan ini mengembalikan masa sebelum Sora menggunakan keyblade dan mengalihkan fokus kepada tiga watak baru: Terra, Ventus dan Aqua. Ini adalah pengembaraan beremosi dengan sistem pertempuran yang sangat menarik.
  • KINGDOM HEARTS Re: Coded (HD Remastered Cinematics) – Kisah berteknologi tinggi ini membawa Data Sora ke dunia digital untuk mencari jawapan bagi sebuah mesej pelik. Kompilasi ini hanya menampilkan sinematik yang dipertingkatkan.

KINGDOM HEARTS HD 2.8 Final Chapter Prologue – $47.99 (anggaran RM199.47)

Koleksi permainan ini memfokuskan pada beberapa watak yang popular dalam siri ini, seperti Sora, Riku dan Aqua, dan menghampiri klimaks untuk saga semasa.

  • KINGDOM HEARTS Dream Drop Distance HD – Sora dan Riku mengambil ujian Mark of Mastery untuk menjadi “true keyblade wielder”. Perkara tidak berjalan seperti yang dirancang – dan mereka perlu menghadapi musuh baru.
  • KINGDOM HEARTS 0.2 Birth by Sleep -A fragmentary passage- – Dibuat khusus untuk koleksi ini, episod ini membolehkan anda mengawal Aqua, setelah pengakhiran dramatik Birth by Sleep. Ini adalah pengembaraan pendek yang bersambung terus ke KINGDOM HEARTS III.
  • KINGDOM HEARTS χ Back Cover (filem) – Filem HD yang kembali pada garis masa lebih jauh sebelum Birth by Sleep. Ia menceritakan kisah “Foreteller”- tetapi siapakah mereka dan apa maksudnya untuk siri KINGDOM HEARTS?

KINGDOM HEARTS III + Re Mind (DLC) – $47.99 (anggaran RM199.47)

Dark Seeker Saga mencapai kemuncaknya di KINGDOM HEARTS III. Guardians of Light berkumpul untuk pertarungan terakhir melawan kuasa jahat Darkness. Versi PC juga merangkumi Re Mind DLC yang menampilkan cerita tambahan, beberapa pertempuran bos sukar, dan banyak ciri tambahan, termasuk pengubah gameplay dan galeri foto.

KINGDOM HEARTS Melody of Memory – $47.99 (anggaran RM199.47)

Permainan terbaru dalam kisah KINGDOM HEARTS adalah kisah throwback yang meraikan salah satu aspek yang paling menakjubkan dari siri iaitu- muzik. Dalam permainan rhythm action ini, anda akan merentasi ke lokasi ikonik sepanjang sejarah francais, sambik mengelak dari halangan dan menewaskan musuh, mengikut rentak lagu ikonik oleh Yoko Shimomura.


Keempat-empat permainan dan koleksi Kingdom Hearts PC kini boleh didapati melalui Epic Games Store. Promosi ini akan tamat pada 6 April 2021. Untuk segala liputan kami tentang Kingdom Hearts, sila tekan di sini.

Pra-daftar di sini
KINGDOM HEARTS Series (PC)
Publisher: Square Enix
Release Date TBC
Epic Games Store
Siri KINGDOM HEARTS yang ikonik akhirnya ada di PC! Mulakan perjalanan anda dan sertai Sora & rakan semasa mereka melawan kegelapan di dunia Disney dan Pixar yang dikasihi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diskaunepic games storeKingdom HeartsPCpromosisquare enix
Previous Post

Acara Tokyo Game Show 2021 dianjurkan secara online!

Next Post

Update Spider-Man: Miles Morales menambah kostum ‘Advanced Tech’ dan fitur eksklusif PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Update Spider-Man: Miles Morales menambah kostum ‘Advanced Tech’ dan fitur eksklusif PS5!

Update Spider-Man: Miles Morales menambah kostum 'Advanced Tech' dan fitur eksklusif PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd