Perhatian wahai peminat Diablo! MSI dan Blizzard Entertainment telah bekerjasama untuk membawa promosi menarik bagi expansion terbaru Diablo IV: Vessel of Hatred di mana anda berpeluang memiliki kandungan tambahan ini secara percuma!

Bermula dari 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024, pemain yang membeli produk gaming MSI yang layak akan berpeluang secara eksklusif menebus game asas Diablo IV dan expansion Vessel of Hatred.
Sepanjang tempoh promosi ini, pemain boleh membuka tawaran eksklusif ini dengan membeli laptop gaming MSI yang dilengkapi dengan pemproses dan GPU berikut:

- Pemproses Intel Core Ultra atau Intel Core™ HX-series (14th gen)
- Pemproses AMD Ryzen AI 300 Series
- NVIDIA GeForce RTX 4070 Laptop GPU atau lebih tinggi (RTX 4080, RTX 4090)
Namun, ambil perhatian bahawa laptop MSI untuk penciptaan kandungan, perniagaan, dan produktiviti tidak termasuk dalam promosi ini.
Dilancarkan sejak 8 Oktober 2024, Vessel of Hatred membawa pemain ke pengembaraan mendebarkan di kawasan hutan Nahantu, di mana kelas baru bernama Spiritborn menanti. Pemain boleh merekrut Mercenary baru dan menjelajah wilayah yang belum diterokai ini, mencari Neyrelle ketika dia bergelut dengan cabaran menahan Prime Evil, Mephisto. Matlamatnya: untuk membongkar agenda jahat Mephisto dan menghentikan korupsinya buat selamanya.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi MSI x Diablo IV: Vessel of Hatred, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post