Semasa acara EVO 2022, Tekken telah melepaskan trailer terbaru mengumumkan kemas kini percuma untuk game Tekken 7. Tetapi ada sesuatu yang mengejutkan pada akhir trailer tersebut. Nampaknya kita mungkin mendapat game terbaru daripada francais Tekken tidak lama lagi. Mungkin juga ianya game Tekken 8 yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat.

Sejak tahun 1994, Tekken merupakan salah satu francis fighting game yang popular di seluruh dunia dengan beberapa entri serta spin-off game-nya. Dengan hampir tujuh tahun Tekken 7 dilepaskan, memang tidak pelik jika Bandai Namco akan melepaskan Tekken 8 pula.
Melalui trailer tersebut, kita telah lihat watak Tekken, Kazuya Mishima menampak Heihachi sebelum pandang ke kamera dan senyum. Selepas itu, model Kazuya terus berubah kepada render model yang lebih moden yang hampir sama dengan Tekken 7. Dengan mesej “Get Ready” yang dipaparkan, memang game Tekken seterusnya akan didedahkan nanti.
Walaupun begitu, Bandai Namco masih tidak mengesahkan jika game terbaru itu merupakan Tekken 8, tetapi ia tidak mustahil. Lagipun, perbezaan antara pelancaran Tekken 6 dan Tekken 7 ialah lapan tahun. Apapun, kita tunggu sahaja kemas kini terbaru mengenainya daripada Bandai Namco nanti. Harap-harap mereka tunjukkan sekali trailer-nya juga semasa pengumuman tersebut.

Anda juga pasti tidak sabar untuk melihat game terbaru Tekken ini kan? Agaknya apa perkara baru yang akan ditambah game tersebut? Kalau anda ingin dapatkan liputan lain mengenai Tekken daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post