Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Projek Game “Wonder Woman” Terpaksa Dibatalkan Oleh Warner Bros!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2025
in Artikel
0 0
0
Ternyata Roronoa Zoro Boleh Pakai Conqueror’s Haki, Disahkan Oleh Eiichiro Oda!
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. Games secara rasmi telah membatalkan projek permainan video Wonder Woman serta menutup tiga studio pembangunannya—Monolith Productions, Player First Games, dan Warner Bros. Games San Diego.

STORY: Warner Bros. Games is shutting down three studios, including Monolith Productions, and cancelling the Wonder Woman game. "The quality of too many of our new releases has really missed the mark."Employees blame the weak slate on former president David Haddad www.bloomberg.com/news/article…

— Jason Schreier (@jasonschreier.bsky.social) 2025-02-25T19:58:14.167Z

Diumumkan pada The Game Awards 2021, Wonder Woman dibangunkan oleh Monolith Productions, studio yang terkenal dengan Middle-earth: Shadow of Mordor dan Shadow of War.

Game ini dirancang sebagai single-player open-world action-adventure, berlatarbelakangkan alam semesta DC, dengan cerita baharu di mana Diana dari Themyscira menyatukan saudara Amazonnya dengan dunia moden.

Khabar angin awal menggambarkan sistem pertarungan yang diinspirasikan daripada siri Batman: Arkham, dengan eksplorasi di Themyscira dan kawasan lain, termasuk penggunaan jet halimunannya sebagai sistem fast travel.

Kredit: Warner Bros. Games

Namun, Warner Bros. Discovery secara rasmi membatalkan projek ini. Laporan dalaman menunjukkan bahawa pembangunan Wonder Woman menghadapi banyak kesukaran sejak awal. Sumber mendakwa bahawa ketika diumumkan, game ini masih dalam peringkat konsep dan “hampir tiada apa-apa” yang telah dibangunkan.

Pada awal 2024, projek ini mengalami penstrukturan semula sepenuhnya dengan pengarah baharu, tetapi meskipun lebih $100 juta telah dibelanjakan, kemajuan tetap terbantut.

Akhirnya, Warner Bros. Discovery mengambil keputusan untuk menghentikan pembangunan dan menutup Monolith Productions, dengan alasan perubahan strategi dan fokus kepada francais yang lebih menguntungkan.

Selain Monolith Productions, Warner Bros. turut menutup Player First Games, studio di sebalik MultiVersus, serta Warner Bros. Games San Diego, sebuah studio kecil yang terlibat dalam pembangunan sokongan.

Penutupan ini adalah sebahagian daripada usaha penstrukturan semula Warner Bros. Discovery bagi mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan dalam bahagian gaming mereka.

Walaupun Warner Bros. masih memiliki hak untuk permainan video berdasarkan francais DC, mereka kini kelihatan lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada siri popular sedia ada seperti Harry Potter, Mortal Kombat, DC, dan Game of Thrones.

Buat masa ini, tiada game Wonder Woman lain yang sedang dibangunkan, dan penampilan seterusnya watak ini dalam permainan video masih tidak diketahui.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Wonder Woman
ShareTweetSend
Previous Post

Patut 2025, Tapi Fable “Reboot” Ditunda Ke 2026!

Next Post

Konami & Bloober Team Umum Projek Baharu Selepas Kejayaan Silent Hill 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Konami & Bloober Team Umum Projek Baharu Selepas Kejayaan Silent Hill 2

Konami & Bloober Team Umum Projek Baharu Selepas Kejayaan Silent Hill 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd