Hari ini, Riot Games telah mengeluarkan video “developer diary” baharu untuk Project L – fighting game ‘free-to-play’ baru berdasarkan League of Legends! Dalam video di bawah, penerbit eksekutif Tom Cannon dan pengarah permainan Shaun Rivera telah memperkenalkan mekanik gameplay asas, sistem tag dan beberapa info baru tentang salah satu watak bagi Project L.
Seperti yang anda dapat lihat, Riot mempamerkan majoriti gameplay teras yang membentuk pengalaman Project L.
Sebelum ini, Riot mengesahkan bahawa Project L adalah fighting game berasaskan sistem tag (bukan solo), tetapi tidak berkesempatan untuk menunjukkannya sehinggalah hari ini. Selain daripada system tag, Riot turut mempamerkan unsur pergerakan, abiliti dan aspek gameplay lain.

Untuk membuatkan game “terasa pantas dan lancar”, Project L memberikan pelbagai cara kepada pemain untuk bergerak termasuk dashing, super jumpa, chain dashing dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, watak tertentu juga memiliki lebih banyak pilihan untuk bergerak termasuk di udara.
Gameplay baharu ini menunjukkan banyak mekanik yang saya sebutkan tadi termasuk menunjukkan pilihan ofensif dan defensif baharu seperti Dynamic Save combo breaker serta ciri “tag and assist” ala Dragon Ball FighterZ yang boleh memanjangkan lagi kombo.

Satu lagi bahagian besar dalam video tertumpu pada Illaoi – si Kraken Truth Bearer, yang kini boleh dimainkan sepenuhnya dan menggunakan senjata emas dan sesungutnya untuk menyerang pihak lawan. Buat masa ini, dia hampir 30% lengkap secara keseluruhan.
Selain Illaoi, Riot Games tidak mendedahkan mana-mana watak baharu. Setakat ini, kita tahu lima Champion akan tampil dalam Project L iaitu Jinx, Darius, Illaoi, Ekko dan Ahri.

Di samping itu, Riot juga tidak mengumumkan tarikh keluaran atau di platform mana Project L akan dikeluarkan. Nasib baiklah studio mengesahkan bahawa lebih banyak maklumat akan didedahkan pada tahun 2023. Untuk segala liputan kami tentang Project L, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post